Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Ibadat
Soalan 32
Soalan :
 

Apakah hukum seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri memudaratkan diri dan anak di dalam kandungannya?

 

Jawapan :

Jawapan :

Seorang perempuan yang sedang mengandung harus berbuka puasa jika dikhuatiri dengan sebab puasa tersebut akan menjejaskan diri dan anak di dalam kandungannya. Begitu juga keadaannya adalah harus meninggalkan puasa bagi perempuan yang sedang menyusukan anak sekiranya dikhuatiri akan menjejaskan kandungan air susu tersebut. Ini berdasarkan keterangan sebuah hadis :

Maksudnya : Dari Anas r.a. Rasulullah S.A.W. telah berkata “Sesungguhnya Allah telah memaafkan setengah solat dari orang musafir, dan memaafkan pula puasanya, dan Dia memberikan (kemurahan) kepada wanita yang sedang hamil dan yang sedang menyusui".

-Riwayat Bukhari dan Muslim-

Walau bagaimanapun puasa yang ditinggalkan itu hendaklah diqada’ atau digantikan pada hari yang lain serta fidyah.

2

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)