|
|
Soalan
:
|
| |
Sahibus
Samahah Dato',
|
|
|
| |
Pertamanya
saya minta maaf kerana menulis secara
email sahaja. Saya ingin pohon mendapat
nasihat Dato' mengenai perkara berikut:
|
|
|
| |
| |
1.
|
Anak
saya belajar disalah sebuah universiti
di London dalam bidang perubatan. Masalahnya
setiap hari Jumaat beliau ada kelas pada
jam 1 tgh hingga 4 ptg. Waktu solat jumaat
masa ini ialah 12.50.Kalau pergi Jumaat
beliau terpaksa meninggalkan kuliah dan
akan menjejaskan pengajiannya.Tak pergi
jumaat berdosa.
|
| |
|
|
| |
Bagaimana
keadaan beliau dalam hal ini.Pohon nasihat
Dato jua.Jawapan yang awal adalah dihargai.
|
| |
|
| |
Jawapan
:
|
| |
Solat
Jumaat adalah wajib bagi setiap lelaki
muslim. Tetapi sekiranya berlaku kemudaratan/keuzuran
yang boleh menggugat nyawa, contohnya
seperti di dalam penerangan doktor yang
menjalankan tugas yang melibatkan nyawa
orang lain (pesakit) maka di dalam keadaan
ini, ia boleh ditinggalkan namun wajib
bagi mereka menunaikan solat zohor.
|
| |
|
| |
Cadangan
:
|
| |
Didalam
hal ini, disyorkan bahawa pihak tuan hendaklah
berbincang dengan pihak pengurusan universiti
bagi membolehkan anak tuan dapat menunaikan
solat Jumaat ini kerana ia merupakan satu
kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan
sewenang-wenangnya.
|