| |
Saya
inginkan penjelasan berkenaan masalah
kesahihan puasa saya. Saya mengalami masalah
pusingan haid yang tidak normal. Sehingga
kini sudah hampir setahun saya tidak mendapat
haid. Mengikut doktor ini adalah disebabkan
oleh ketidakseimbangan hormon di dalam
badan saya yang juga menyebabkan saya
mengalami penyakit Thyroid.
Untuk
pengetahuan Dato saya kini di dalam
proses pengambilan ubat untuk jangka masa
yang panjang. Doktor juga mengesahkan
saya akan mendapat haid semula apabila
hormon tersebut beransur seimbang. Masalah
saya sekarang ialah 3 hari yang lepas
saya dapati ada sedikit tompok yang menyerupai
darah tersebut tapi saya masih meneruskan
puasa kerana tidak pasti. Hari berikutnya
darah tersebut tiada tetapi semalam darah
tersebut datang lagi dan ianya hanya datang
pada waktu petang sahaja. Saya merasa
was-was dan ini menyebabkan saya berkeputusan
untuk tidak berpuasa pada hari ini. Saya
berharap mendapat penjelasan jenis apakah
darah ini samada penyakit ataupun haid.
Bagaimana pula dengan puasa dan solat
saya.
|
|
Untuk
makluman puan, masa haid paling sedikit
dalam tempoh sebulan ialah sehari semalam,
kebiasaannya enam hari enam malam atau
tujuh hari tujuh malam dan sebanyak-banyaknya
15 hari 15 malam. Terdapat juga seseorang
perempuan hanya satu kali haid seumur
hidupnya. Oleh itu puan yang hampir setahun
tidak datang haid bukanlah satu perkara
yang luar biasa. Keterangan menurut pemeriksaan
ulama- ulama dimasa dahulu yang dinamakan
Istiqra.
Untuk soalan berikutnya, sebagaimana dimaklumkan
darah yang keluar dari rahim perempuan
ada tiga jenis. Pertama ialah darah haid.
Kedua ialah darah Nifas. Ketiga ialah
darah penyakit (Istihadhah). Dalam sebuah
hadis dari Aishah r.a., sesungguhnya Fatimah
binti Abi Hubaisy telah berdarah penyakit,
lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepadanya:
Sesungguhnya darah haid itu hitam
warnanya, ia di kenal oleh kaum perempuan,
maka apabila ada darah semacam itu hendaklah
engkau tinggalkan sembahyang. Apabila
keadaan darah tidak seperti itu hendaklah
engkau berwudhu dan sembahyang.
Riwayat Abu Daud dan Nasai.
Menurut ahli Feqah, kalau seseorang tidak
dapat membezakan darah haid dan darah
penyakit dan waktu haidnya yang biasa
tidak menurut waktu tertentu, atau ia
lupa waktunya, maka hendaklah dijadikan
masa haidnya sebagai kebiasaan kebanyakkan
perempuan dalam hal semacam itu, iaitu
enam atau tujuh hari. Maka ia hendaklah
meninggalkan sembahyang dan ibadat yang
lain seperti puasa dalam masa enam atau
tujuh hari tiap-tiap bulan. Selain dari
waktu yang ditentukan itu dirinya adalah
dikira suci, maka ia wajib sembahyang
dan melakukan ibadat yang lain selama
23 atau 24 hari tiap-tiap bulan
|