Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Ibadat
Soalan 1
Soalan :
 

Assalamualaikum...
 
 

Dato', saya inginkan penjelasan mengenai diri saya. Isnin ni merupakan nisfu sya'aban.. dan pelbagai keberkatan ada di dalamnya.

 
Sebagai hamba-nya saya juga pernah melakukan kesilapan namun segala dosa lalu telah saya tinggalkan setelah saya menyedari itu bukan jalan betul. Malah saya mula menjaga solat dan mengaji setiap malam. Saya tahu dosa saya besar tetapi saya telah bertaubat dan allhamdulillah saya amat tenang sekarang. Dalam saya bersemangat saya menunggu nisfu sya'aban, saya terpaku bila ada seorang teman mengirimkan emel kepada saya maksud hadis ini..
 
  Antara kelebihan bulan Sya'aban:
 
 
1.
Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
 
 
 
2.
Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (S.A.W) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
   
 
  Soalan saya :
 
Benarkan tiada ruang langsung untuk insan seperti saya memperolehi manfaat dari malam tersebut ataupun amalan amalan saya ditolak. Saya betul-betul bertaubat dan tidak mahu mengulanginya lagi segala ketelanjuran itu.
   
  Jawapan :
 
Allah S.W.T. maha pengampun. Allah akan mengampunkan dosa-dosa hambanya samada kecil atau besar, selagimana hamba-nya benar-benar mahu bertaubat. Ruang untuk saudari bertaubat sangat luas, tidak terbatas di Bulan Sya'ban sahaja. Bertaubatlah dan berazam agar tidak mengulangi keterlanjuran yang lalu.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)