|
Assalamualaikum
Saya ingin mempunyai kemusykilan dan ingin
mendapatkan penjelasan dari pihak tuan.
Saya terbaca di dalam ruang soal jawab
ugama di dalam laman web JAIS bahawa menghalalkan
yang haram dan mengharamkan yang halal
hukumnya MURTAD.
Baru-baru
ini dalam keadaan marah, saya telah melafazkan
kata-kata berikut secara spontan. "Saya
haramkan (diri saya) memakan aiskrim itu
pada hari ini". Bukanlah maksud saya
untuk mengharamkan aiskrim tersebur tetapi
sekadar bermaksud yang saya tidak akan
sama sekali makan aiskrim itu pada hari
itu walau apa pun terjadi. Pada masa itu,
saya berada di dalam keadaan marah dan
tertekan kerana sedang memikirkan sesuatu
masalah yang perlu saya selesaikan.
Soalan
saya :-
1. Apakah hukumnya.
2. Adakah ia juga dikira MURTAD.
3. Apakah yang harus saya lakukan kerana
saya benar-benar insaf dan menyesal atas
perbuatan dan ketelanjuran saya selepas
itu.
|