Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Akidah
Soalan 8
Soalan :

Saya ingin bertanyakan sedikit sebanyak tentang kehidupan kita di akhirat. Apa yang saya ketahui..kita boleh minta apa saja apabila di syurga. benar kah..? Bagaimana kehidupan di sana.. Adakah kita menjalankan rutin harian kita seperti kehidupan di alam ini..? Maksudnya kita makan, minum, dan melakukan aktiviti harian kita. Saya ingin bertanya.. jika seseorang di lahirkan sebagai seorang perempuan atau lelaki di alam ini.., apabila di syurga nanti.. bolehkah dia ingin menjadi jantina sebaliknya..? maksudnya, bolehkah dia meminta menjadi seorang wanita di syurga jika di dunia dia dilahirkan sebagai lelaki..?
terima kasih.apan :

   
  Jawapan :
 

i.

Kenikmatan syurga itu terlalu luas dan tidak dapat digambarkan dengan khayalan akan fikiran. Segala pakaian, makanan, minuman, perhiasan dan gedung-gedung yang ada di syurga jauh lebih baik daripada yang ada di dunia. Ahli-ahli syurga akan makan dan minum dengan hidangan yang disediakan tetapi makan dan minum mereka bukanlah kerana lapar dan dahaga. Di dalam syurga tidak ada keburukan hanya ada kebaikan atau nikmat kurniaan Allah S.W.T. Ahli-ahli syurga tidak kencing, tidak berak, tidak meludah dan tidak tidur. Apabila bertemu diantara satu sama lain, mereka akan memberi salam dan mengucapkan perkataan yang baik-baik sahaja
     
 
ii.
Secara umumnya, memang ada disebutkan di dalam kitab-kitab bahawa segala keinginan ahli syurga akan ditunaikan oleh Allah S.W.T. secara serta merta.
2

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)