Carian
 

muftisel
www
     

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Soal Jawab Agama Akidah
Soalan 5
Soalan :
 

Adakah salah pada sisi Agama Islam seseorang memakai susuk di badan kerana tujuan untuk keselamatan diri?

Jawapan :

Jawapan :

Memakai susuk kerana keselamatan diri itu hukumnya adalah haram. Jika seseorang itu mengi’tiqad bahawa susuk itu boleh menghindarkan segala merbahaya maka perbuatan itu akan membawa kepada syirik bererti menyekutukan Allah S.W.T. dan dosanya sangat besar sekali sehingga tuhan tidak dapat mengampuninya selagi tidak kembali kepada mengesakan Allah sebagaimana yang telah difirmankan di dalam Al-Quran Surah An-Nisa’ ayat 48 :

Maksudnya : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan Syari’atNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.”

2

 

(Klik Pada Menu Bedasarkan Kategori Di sebelah Kiri)