|
Assalamualaikum
saya merujuk kepada satu laman internet
yang berunsurkan ajaran sesat. Laman internet
tersebut adalah www.banimasrek.com. Masalahnya,
orang yang mengaku sebagai Imam Mahdi
ini telah ditemuramah oleh pihak akhbar
dan telah pun disiarkan pada hari jumaat
yang lalu.
Mengapakah
pihak JAIS tidak mengambil sebarang tindakan
terhadap orang-orang seperti ini? Ini
bukan saja menyeleweng dari ajaran Islam,
malah merosakkan minda mereka yang terlibat
dengan perkara-perkara seperti ini.
Walaupun
saya kurang arif tentang perkara sedemikian,
adakah boleh manusia mengaku sebagai pemimpin
kepada Kerajaan Allah Ta'ala? Bukankah
ini sama dengan mengatakan bahawa diri
dia adalah Tuhan?
Ini
amat melampau dari pandangan seorang Islam.
Mohon diambil tindakan sewajarnya.
Jawapan
:
|