| |
Terlebih
dahulu, saya amat-amat berharap tuan dapat
mengulas mengenai tafsiran ayat yang di
atas ini.
Ayat di atas telah digunakan oleh satu
kumpulan yang kononnya mengajar tafsir
Al-Quran dan membetulkan aqidah umat islam
di Malaysia. Saya pernah menyertai program
kumpulan ini, tetapi menarik diri apabila
terlalu banyak ajarannya yang tidak saya
fahami dan bertentangan dengan pendidikan
awal yang saya terima. Juga kumpulan ini
bergerak dari rumah ke rumah dan tidak
membenarkan kami mengajak orang lain untuk
turut serta melainkan orang itu telah
terlebih dahulu mengikuti program intensif
selama 3 hari berturut-turut .Selain itu,
penyampai di dalam majlis itu juga, tidak
mahu memperkenalkan dirinya kepada kami,
melainkan apabila kami telah setuju untuk
berbaiah juga berinfaq kepada kumpulan
tersebut.
Permasalahan saya ialah, seorang adik
perempuan saya juga menyertai kumpulan
ini dan telah terikat dengannya.Pada mulanya
kami hanya mendiamkan diri, kerana tiada
perubahan ekstrim terhadap tingkah lakunya.
Namun, pada ketika saya menulis emel ini,
adik saya entah di mana. Mulanya, dia
memberitahu yang dia "outstation"
ke Singapura. Tetapi, kami menjadi curiga
apabila terbaca di dalam diarinya yang
pada hari ini, 19/8/2005, dia akan ke
Singapura bersama kumpulan itu untuk berjihad
dan seterusnya ke Indonesia. Lantas kami
menyiasat dan menelefon pejabatnya untuk
kepastian. Pejabatnya mengatakan adik
kami, sepatutnya masih berada di malaysia
kerana mereka tidak menganjurkan apa-apa
kursus di Singapura sekarang ini.
Tuan, tolonglah huraikan ayat di atas.
Dia menganggap kami adalah keluarga yang
menghalang dia dari berjihad di jalan
ALLAH. Tolonglah kami untuk berdebat dengannya.
Tolonglah kami. Terangkan maksud jihad
yang sebenarnya. Tolonglah kami, supaya
boleh kami terangkan kepada dia, bahawa
Malaysia bukan Makkah di zaman jahiliyah.
Dan Malaysia tidak memerlukan perjanjian
hudaibiyah. Tolong kami, untuk menerangkan
pada dia asas Islam sebenar.
Pada saya persoalan aqidah adalah sangat
kritikal. Hanya orang yg bertauliah sahaja
boleh membicarakannya. Tolong saya terangkan
kepadanya aqidah Islam yang sebenar.
Tolonglah kami tuan. Kami tidak mahu kehilangan
adik kami.
|