|
|
|
|
|
Soalan
16
|
|
|
Soalan
: |
| |
Saya
ingin meminta pendapat JAIS mengenai artikel
ini, artikel ni diambil dari laman web
|
| |
http:www.darulkautsar.com/pemurniansejarah/teks/nabidob.htm |
| |
PENILAIAN
SEMULA TARIKH KELAHIRAN DAN KEWAFATAN
NABI MUHAMMAD S.A.W.
|
| |
Dengan
Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang
|
| |
Puji-pujian
bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat
dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W. serta para sahabatnya.
|
| |
Masyarakat
Islam di negara kita umumnya menerima
tarikh 12hb. Rabiul Awwal sebagai hari
kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. ( Maulidur
Rasul ) . Fakta ini perlu di kaji semula
kerana didapati bercanggah dengan fakta
sejarah, hadis dan sains.
Disamping itu, sekiranya diterima juga
tarikh wafat Nabi s.a.w. pada 12hb. Rabiul
Awwal, (sebagaimana dipercayai umum),
ia akan menimbulkan satu konflik di dalam
jiwa masyarakat yang mana di satu pihak
mereka merayakan kelahiran Nabi s.a.w.
dan bergembira kerananya sedangkan di
pihak lain pula pada hari yang sama sepatutnya
mereka bersedih dan tidak boleh merayakan
hari tersebut kerana ia juga merupakan
hari kewafatan Nabi saw. Jadi di manakah
adanya kewajaran masyarakat merayakan
Maulidur Rasul yang juga merupakan hari
perkabungannya? (Tanpa mengambil kira
perayaan Maulidur Rasul itu sendiri adakah
bersesuaian dengan sunnah atau ia satu
bida'ah). |
| |
Di
samping itu angka 12 yang dipilih untuk
hari lahir dan hari wafat Nabi saw berkemungkinan
besar berpunca daripada Syiah Imam Dua
Belas. Justeru angka 12 ini bagi mereka
merupakan angka sakti yang mereka kaitkan
sekian banyak keistimewaan dengannya.
Apalagi jika orang yang mula-mula mempopularkan
tarikh ini adalah Ibnu Ishaq yang juga
seorang Syiah. (Taqribut Tahdzib, Al Hafiz
Ibnu Hajar al-Asqalani, jilid 2, halaman
144). |
| |
Pendapat
yang menyatakan bahawa Nabi S.A.W. dilahirkan
pada 12hb. Rabiul Awwal itu walaupun masyhur
tetapi ia berasaskan riwayat yang lemah
kerana ia berpunca daripada Ibmu Ishaq
seperti mana yang diriwayatkan oleh Ibnu
Hisyam di dalam kitab sirahnya. Menurut
ulama-ulama rijal hadis, Ibnu Ishaq selain
dianggap sebagai seorang Syiah, dia juga
seorang yang lemah dalam riwayat-riwayatnya.
Imam Nasa'i mengatakan bahawa dia tidak
kuat. Daraqutni mengatakan hadisnya tidak
boleh menjadi hujjah. Imam Abu Daud ada
berkata, "Dia adalah seorang yang
berfahaman Qadariah dan Mu'tazilah."
Imam Sulaiman At-Taimy, Hisyam bin Urwah,
Yahya bin Said Al-Qatthan dan Imam Malik
mengatakan dia seorang pendusta besar.
Malah Imam Malik pernah berkata, "Dia
seorang dajjal" (Mizanul I'tidal,
Imam Zahabi, jilid 3, halaman 468 - 475).
Ibnu Ishaq sendiri tidak menyebutkan sanad-sanad
tempat ambilannya. |
| |
Pendapat
yang sahih dan kuat bagi tarikh kelahiran
Baginda ialah pada hari Isnin, 9hb Rabiul
Awwal Tahun Gajah. Di antara ulama yang
berpendapat sedemikian ialah Humaidi,
Uqail, Yunus bin Yazid, Ibnu Abdillah,
Ibnu Hazam, Muhammad bin Musa Al-Khuwarazmi,
Abdul Khattab Ibnu Dihyah, Ibnu Taimiyyah,
Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, Ibnu Hajar dan
Badruddin `Aini (Al-Bidayah wa An Nihayah,
jilid 2 halaman 260-261) |
| |
Pendapat
ini juga disokong oleh penyelidikan yang
dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal
iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan
tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan
yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w.
hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian
beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan
dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan
bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin
pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh
pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan
beberapa alasan untuk menyokong hasil
kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan
oleh Mahmud Pasya ialah: |
| |
Pendapat
ini juga disokong oleh penyelidikan yang
dibuat oleh seorang ahli falak yang terkenal
iaitu Mahmud Pasya yang cuba menentukan
tarikh gerhana matahari dan gerhana bulan
yang berlaku semenjak zaman Nabi s.a.w.
hingga ke zaman beliau. Berdasarkan kajian
beliau, hari Isnin tidak mungkin bertepatan
dengan 12hb. Rabiul Awwal mengikut perkiraan
bagaimana sekalipun bahkan hari Isnin
pada bulan berkenaan (Rabiul Awwal) jatuh
pada 9 haribulan. Beliau mengemukakan
beberapa alasan untuk menyokong hasil
kajiannya. Antara alasan-alasan yang dikemukakan
oleh Mahmud Pasya ialah: |
| |
Dalam
Sahih Bukhari disebut ketika anak Rasulullah
S.A.W iaitu Ibrahim wafat, telah berlaku
gerhana matahari iaitu pada tahun ke 10
Hijrah dan Nabi Muhammad saw ketika itu
berusia 63 tahun. |
| |
Berdasarkan
kaedah kiraan falak, diketahui bahawa
gerhana matahari yang berlaku pada tahun
10H itu adalah bertepatan dengan 7hb.
Januari 632M pukul 8.30 pagi.
Berdasarkan kepada kiraan ini, sekiranya
kita undurkan 63 tahun ke belakang mengikut
tahun qamariah, maka kelahiran Nabi S.A.W
jatuh pada tahun 571M. Berdasarkan kira-kira
yang telah dibuat beliau, 1hb. Rabiul
Awwal menepati 12hb. April 571M. |
| |
Perselisihan
pendapat berlaku tentang tarikh kelahiran
Nabi S.A.W, walau bagaimanapun semua pihak
telah sepakat mengatakan ia berlaku pada
hari Isnin bulan Rabiul Awwal tersebut.
Tetapi Mahmud Pasya mendapati hari Isnin
jatuh pada 9hb. Rabiul Awwal bersamaan
20hb. April 571M. Ini menguatkan lagi
pendapat ulama-ulama muktabar yang telah
disebutkan di atas.
Di antara penulis sirah mutaakhir yang
menyokong pendapat ini ialah Syeikh Muhammad
Al Khudhori Bik di dalam "Nurul Yaqin"
(hal. 6), Safiyyuul Rahman Al Mubarakpuri
di dalam "Ar Rahiqul Makhtum"
(halaman 54), `Allamah Sibli Nu'mani di
dalam "Siratun Nabi" (jilid
1 hal. 176), Maulana Abdul Kalam Azad
di dalam "Rasul Rahmat" (hal.
37) dan lain-lain. |
| |
Berhubung
dengan tarikh wafat Nabi Muhammad S.A.W.
pula, beberapa perkara yang telah diterima
oleh ulamak hadis dan sirah perlu diletakkan
di hadapan untuk menentukan tarikhnya
iaitu:
· *Tahun kewafatan Baginda S.A.W.
ialah 11H
· *Dalam bulan Rabiul Awwal
· *Antara 1hb. Hingga 12hb.
· *Hari Isnin (Sahih Muslim, jld.
8 hal. 51-52)
· *Hari wuquf di Arafah dalam Haji
Wada' pada 9 Zulhijjah tahun ke 10H jatuh
pada hari Jumaat. (Tafsir Al Quraanul
'Adzim, Ibnu Katsir, jld. 2, hal. 15,
Sahih Al Bukhari, Sahih Muslim, dll).
· *Daripada hari itu (wuquf) sampai
kepada hari wafatnya Nabi Muhammad S.A.W
adalah 81 hari. (Tafsir Al Quraanul 'Adzim,
Ibnu Katsir, jld. 2 hal. 15, At Tafsir
Al Kabir, Fakhrul Razi, j.11 hal. 139,
Tafsir Baghawi, Fathul Bari). |
| |
Berdasarkan
kepada beberapa perkara yang telah diterima
oleh para ulama tadi, maka boleh diandaikan
tarikh kewafatan Baginda S.A.W. seperti
berikut: |
| |
1
Diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah,
Muharram dan Safar mempunyai 30 hari (walaupun
tidak pernah berlaku begitu tetapi diandaikan
mungkin juga berlaku) maka hari Isnin
menepati 6 atau 13hb. Rabiul Awwal.
2 Jika diandaikan ketiga-tiga bulan Zulhijjah,
Muharram dan Safar mempunyai 29 hari (walaupun
ini juga tidak pernah berlaku) maka hari
Isnin menepati 2,9 atau 16hb. Rabiul Awwal. |
| |
Daripada
tarikh-tarikh yang diandaikan tadi; 6,
7, 8, 9, 13, 14, 15 dan 16hb. Rabiul Awwal
tidak dapat diterima kerana selain daripada
alasan-alasan yang tersebut tadi, tidak
ada satupun riwayat yang menyokongnya.
Berkenaan dengan 2hb. pula , selain daripada
tidak mungkin terjadinya ketiga-tiga bulan
Zulhijjah, Muharram dan Safar terdiri
daripada 30 hari di dalam kesemuanya,
tidak ada juga riwayat yang sahih mengenainya.
Apa yang ada hanyalah riwayat Hisyam bin
Muhammad Al Kalbi dan Abu Mikhnaf yang
dianggap sebagai pendusta oleh ulama-ulama
hadis. |
| |
Berhubung
dengan 1hb. pula, ia adalah daripada riwayat
tokoh utama sirah iaitu Musa bin Uqbah
dan ulama hadis yang terkenal Imam Laith
bin Saad, Abu Nua'im Fadhal bin Dukain
dan lain-lain. Pendapat ini juga disokong
oleh Imam Suhaili dan Al Khuwarazmi. (Fathul
Bari, Jilid 16. hal. 206, "Ar Raudhul
Unuf," jilid 7, hal. 579). Daripada
kenyataan-kenyataan yang disebut di atas,
tarikh yang lebih tepat bagi kewafatan
Nabi S.A.W. ialah pada hari Isnin 1hb.
Rabiul Awwal tahun 11H bersamaan dengan
25hb. Mei 632M. |
| |
Berdasarkan
kepada fakta-fakta yang telah kami kemukakan
pihak kami berharap agar masyarakat menilai
semula tarikh sebenar kelahiran nabi S.A.W.
dan tidak merayakan suatu hari yang kononnya
hari kelahiran Nabi S.A.W. padahal ia
bukanlah harinya yang sebenar.
(Dipetik dari Siri Risalah Suluhan terbitan
Darul Quran Was Sunnah dengan sedikit
pindaan) |
| |
|
| |
Jawapan
: |
| |
Sambutan
Maulidur Rasul adalah sebagai syiar Islam
yang perlu dihidupkan. Sekiranya terdapat
tarikh yang kebetulan dengan kewafatan baginda,
bukan bermaksud merayakan kewafatannya. |
|
2
|
(Klik
Pada Menu Berdasarkan Kategori Di sebelah Kiri)
|
|
|
|
 |
|
|