|
|
Soalan
: |
| |
Assalamualaikum....
saya ada beberapa soalan kepada pihak tuan.
Harap pihak tuan dapat membantu saya. |
| |
1.
|
Seorang
kawan saya telah menyatakan pada saya
bahawa sebenarnya tidak ada jin islam
dalam alam ini. tetapi saya telah menyatakan
bahawa jin islam ada berdasarkan firman
Allah : Tidak ku jadikan jin dan manusia
itu melainkan hanya untuk beribadat padaku.
Tetapi dia masih enggan mengakuiinya.
Apa hukum nya dia dia menolak adanya jin
islam. |
| |
2.
|
Katanya
lagi, seseorang yang dah meninggal itu
terputus semua amalan pahalanya dan dia
mengatakan tiada guna mensedekahkan fatihah
atau pun memberikan pahala bacaan yasin
kepada si arwah kerana pahala tersebut
tidak sampai kepada si arwah tetapi saya
menyatakan padanya doa anak yang soleh
tetap sampai. |
| |
3.
|
Untuk
makluman tuan kawan saya ini telah mendalami
ilmu sebuah persatuan budi suci sejati
yang mana yang saya ketahui telah diharamkan
tetapi dia menyatakan persatuan itu telah
mendapat pengesahan daripada Jabatan Agama
Islam Selangor. |
| |
Harap
pihak tuan dapat menjelaskan pada saya
tiga keraguan di atas. Terima kasih |
| |
Jawapan
: |
| |
1.
|
Hukum
menolak adanya jin Islam tidak menjejaskan
aqidah seseorang. Tetapi sekiranya menolak
perkara Sam-iyyat dalam Rukun Iman yang
enam iaitu Percaya kepada Allah, Percaya
kepada Malaikat, Percaya kepada kitab,
Percaya kepada Rasul, Percaya kepada Hari
Kiamat dan Percaya kepada Qada' &
Qadar, boleh menjejaskan aqidah seseorang. |
| |
2.
|
Masalah
samapi atau tidak pahala kepada simati
bukan urusan kita, itu adalah urusan Allah.
Sebagaimana kita dianjurkan mendoakan
kesejahteraan seluruh muslimin dan muslimat
(termasuk dalam rukum khutbah jumaat),
anjuran berdoa ini termasuk mendoakan
kesejahteraan muslimin dan muslimat samaada
yang masih hidup atau mati. Sampai atau
tidak doa itu kepada simati kita serahkan
kepada Allah semata-mata. |
| |
3.
|
Mana-mana
persatuan atau pertubuhan haram, lebih-lebih
lagi mengamalkan ajaran sesat adalah HARAM
untuk mana-mana individu muslim bersama
mereka. |