| |
Assalamualaikum....
Saya ingin bertanya mengenai sesetengah
orang yang mempercayai sekiranya ada bayi
yang baru lahir, jika kita balik kerumah,
kita perlu menunggu di luar rumah seketika
kemudian meludah dan baru boleh masuk
ke dalam rumah. Apa kah pandangan ustaz/ustazah
berkenaan isu ini. Ada juga yang meletakkan
benda tajam seperti pisau / gunting dibawah
tilam bayi yang kononnya untuk menghindarkan
bayi dari perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Apakah pandangan Islam kerana saya merasakan
ramai yang mengamalkan perkara-perkara
seperti ini.
|