| |
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya mengenai amalan pelaris
yang diamalkan ramai peniaga seperti restoran,
kedai runcit dan sebagainya. Disamping
mengadakan solat hajat dan amal ibadat
lain untuk tujuan mendapat rahmat dalam
mencari rezeki melalui perniagaan, ada
yang meletakkan beberapa jenis benda fizikal
seperti besi, duit syiling, beras, garam,
gula dan sebagainya di premis perniagaan.
Sebab sebenar alatan ini digunakan adalah
samar bagi saya. Ada yang menggunakan
alasan bahawa alatan tersebut adalah simbol
semata-mata dan rahmat dan kejayaan perniagaan
adalah kehendak mutlak Yang Maha Esa.
Ada yang memberi contoh; seperti ubat-ubatan
doktor adalah simbol sahaja sedangkan
sakit hanya dapat diubati jika Allah S.W.T
mengizinkan. Ada yang menggunakan contoh
Nabi Musa yang membelah lautan dengan
tongkatnya, iaitu bukan tongkat yang membelah
laut tetapi izin Allah yang menyebabkan
laut terbelah. Jadi kesimpulannya ialah
alatan seperti besi, syiling dan lain-lain.
Adalah simbol semata jadi tidak salah
untuk diletakkan di premis perniagaan
disamping itu memperbanyakkan ibadat memohon
restu dari tuhan untuk kejayaan.
Soalan saya ialah, apakah pendapat dari
segi hukum mengenai penggunaan alatan
tersebut jika dalam hati tetap percaya
bahawa semua adalah dengan izin Allah
SWT.?
|
| |
Khurafat
sekiranya mempercayai sesuatu yang boleh
mendatangkan keuntungan atau kebaikan,
seperti yang kita maklum dengan berusaha
sahaja Allah S.W.T akan mengizinkan sesuatu
itu dengan kehendaknya. Sekiranya kita
mempercayai benda lain selain kuasa Allah,
ditakuti boleh merosakkan aqidah kita
sebagai umat Islam.
|