Pelantikan
Mufti dan
Timbalan Mufti
44.
(1) Duli
Yang Maha
Mulia Sultan
hendaklah
melantik mana-mana
orang yang
layak dan
sesuai menjadi
Mufti dan
Timbalan Mufti
bagi Negeri
Selangor.
(2)
Pelantikan
Mufti dan
Timbalan Mufti
hendaklah
disiarkan
dalam Warta.
(3)
Apabila seksyen
ini mula berkuat
kuasa, orang
yang menjadi
Mufti dan
Timbalan Mufti
bagi Negeri
Selangor sebelum
sahaja seksyen
ini mula berkuat
kuasa hendaklah
disifatkan
telah dilantik
di bawah seksyen
ini sebagai
Mufti dan
Timbalan Mufti
bagi Negeri
Selangor dan
hendaklah
terus memegang
jawatan itu.
Fungsi
Mufti
45.
Mufti
hendaklah
membantu dan
menasihati
Duli Yang
Maha Mulia
Sultan berkenaan
dengan semua
perkara Hukum
Syarak, dan
dalam semua
perkara sedemikian
hendaklah
menjadi pihak
berkuasa utama
di Negeri
Selangor selepas
Duli Yang
Maha Mulia
Sultan, kecuali
jika diperuntukkan
selainnya
dalam Enakmen
ini.
Jawatankuasa
Fatwa
46.
(1) Maka hendaklah
ada suatu
jawatankuasa
bernama Jawatankuasa
Fatwa.
(2)
Jawatankuasa
hendaklah
terdiri daripada:-
(a) Mufti,
sebagai Pengerusi;
(b) Timbalan
Mufti;
(c) Penasihat
Undang-Undang
Negeri;
(d) dua orang
anggota Majlis
yang dinamakan
oleh Majlis;
(e) seorang
pegawai dan
Jabatan Agama
Islam Selangor
yang mahir
dalam Hukum
Syara' yang
akan dilantik
oleh Majlis;
(f) tidak
kurang daripada
dua orang
dan tidak
lebih daripada
tujuh orang
yang layak
dan sesuai,
yang dilantik
oleh Majlis;
dan
(g) seorang
pegawai dari
Jabatan Mufti
yang dilantik
oleh Majlis,
sebagai Setiausaha.
(3)
Mana-mana
orang yang,
sebelum sahaja
seksyen ini
mula berkuat
kuasa, menjadi
anggota Jawatankuasa
Perunding
Hukum Syara'
yang ditubuhkan
di bawah Enakmen
terdahulu
hendaklah
tertakluk
kepada subseksyen
(4), disifatkan
telah dinamakan
atau dilantik
menjadi anggota
Jawatankuasa
Fatwa dan
hendaklah
menjadi anggota
Jawatankuasa
Fatwa sehingga
tempoh pelantikannya
di bawah Enakmen
yang terdahulu
itu tamat.
(4)
Jawatankuasa
Fatwa boleh,
tertakluk
kepada Enakmen
ini, memutuskan
segala persoalan
berhubungan
dengan tatacara
dan amalannya.
Kuasa
Jawatankuasa
Fatwa untuk
menyediakan
fatwa
47.
Tertakluk
kepada seksyen
51, Jawatankuasa
Fatwa hendaklah,
atas perintah
Duli Yang
Maha Mulia
Sultan, dan
bolehlah atas
kehendaknya
sendiri atau
atas permintaan
oleh mana-mana
orang yang
dibuat melalui
surat yang
dialamatkan
kepada Mufti,
menyediakan
suatu fatwa
atas apa-apa
persoalan
yang belum
muktamad atau
yang menimbulkan
kontroversi
berhubungan
dengan Hukum
Syara'.
Tatacara
pembuatan
fatwa
48.
(1) Sebelum
Jawatankuasa
Fatwa membuat
fatwa, Mufti
boleh menyebabkan
supaya kajian
atau penyelidikan
dijalankan
sebagaimana
yang diarahkan
olehnya dan
kertas kerja
disediakan.
(2)
Apabila Jawatankuasa
bercadang
hendak membuat
fatwa Mufti
hendaklah
memanggil
suatu mesyuarat
Jawatankuasa
Fatwa bagi
maksud membincangkan
fatwa yang
dicadangkan
itu.
(3)
Selepas fatwa
disediakan
oleh Jawatankuasa
Fatwa, Mufti
hendaklah,
bagi pihak
dan atas nama
Jawatankuasa
Fatwa, mengemukakan
fatwa yang
disediakan
itu kepada
Majlis.
(4)
Majlis boleh,
selepas menimbang
teliti fatwa
itu, membuat
syor kepada
Duli Yang
Maha Mulia
Sultan untuk
mendapatkan
perkenannya
bagi penyiaran
fatwa itu
dalam Warta.
(5)
Syor yang
dibuat di
bawah subseksyen
(4) hendaklah
disertakan
dengan memorandum
penjelasan
dan ulasan
daripada Majlis
jika Majlis
berpendapat
penjelasan
dan ulasan
itu perlu.
(6)
Apabila fatwa
itu telah
diperkenankan
oleh Duli
Yang Maha
Mulia Sultan,
Majlis hendaklah
memaklumkan
kepada Kerajaan
Negeri tentang
fatwa itu
dan selepas
itu hendaklah
menyebabkan
fatwa itu
disiarkan
dalam Warta.
(7)
Sesuatu fatwa
yang disiarkan
dalam Warta
hendaklah
disertakan
dengan pernyataan
bahawa fatwa
itu dibuat
di bawah seksyen
ini.
(8)
Sesuatu fatwa
hendaklah
disiarkan
dalam bahasa
kebangsaan
dalam tulisan
rumi, tetapi
teks fatwa
itu dalam
tulisan jawi
boleh juga
disiarkan.
(9)
Apa-apa pernyataan
yang dibuat
oleh Jawatankuasa
Fatwa tidak
boleh diambil
sebagai fatwa
melainkan
jika pernyataan
itu disiarkan
dalam Warta
menurut subseksyen
(6).
Fatwa
yang disiarkan
dalam Warta
adalah mengikat
49.
(1) Apabila
disiarkan
dalam Warta,
sesuatu fatwa
hendaklah
mengikat tiap-tiap
orang Islam
yang berada
di Negeri
Selangor sebagai
ajaran agamanya
dan hendaklah
menjadi kewajipannya
di sisi Agama
Islam untuk
mematuhi dan
berpegang
dengan fatwa
itu, melainkan
jika dia dibenarkan
oleh Hukum
Syara' untuk
tidak mengikut
fatwa itu
dalam perkara-perkara
amalan peribadi.
(2)
Sesuatu fatwa
hendaklah
diiktiraf
oleh semua
Mahkamah di
dalam Negeri
Selangor tentang
semua perkara
yang dinyatakan
dalamnya.
Pindaan,
ubahsuaian
atau pembatalan
fatwa
50.
(1) Jawatankuasa
Fatwa boleh
meminda, mengubah-suaikan
atau membatalkan
mana-mana
fatwa yang
telah disiarkan
dalam Warta
di bawah Enakmen
ini, atau
di bawah Enakmen
terdahulu.
(2)
Sesuatu pindaan,
ubahsuaian
atau pembatalan
sesuatu fatwa
hendaklah
disifatkan
sebagai suatu
fatwa dan
peruntukan-peruntukan
seksyen 48,
kecuali subseksyen
48(7), hendaklah
terpakai baginya.
(3)
Sesuatu pindaan,
ubahsuaian
atau pembatalan
sesuatu fatwa
yang disiarkan
dalam Warta
hendaklah
disertakan
dengan pernyataan
bahawa fatwa
itu dibuat
di bawah subseksyen
(1).
Fatwa
yang ada hubungan
dengan kepentingan
nasional
51.
(1) Walau
apa pun kuasa
Jawatankuasa
Fatwa di bawah
seksyen 47,
apabila Jawatankuasa
Fatwa mendapati
bahawa suatu
fatwa yang
dicadangkan
dibuat adalah
berkaitan
dengan perkara-perkara
yang menyentuh
kepentingan
nasional,
Jawatankuasa
Fatwa hendaklah
menangguhkan
perbincangannya
tentang fatwa
yang dicadangkan
itu dan mengemukakan
perkara itu
kepada Majlis.
(2)
Selepas menimbang
teliti perkara
itu Majlis
boleh membuat
syor kepada
Duli Yang
Maha Mulia
Sultan untuk
mendapat perkenannya
supaya fatwa
yang dicadangkan
itu dirujukkan
kepada Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan,
melalui Majlis
Raja-Raja.
(3)
Tanpa menjejaskan
keluasan subseksyen
(1), suatu
fatwa adalah
dianggap berkaitan
dengan perkara-perkara
yang menyentuh
kepentingan
nasional jika
persoalan
itu ada hubungan
dengan apa-apa
perkara, dasar,
program atau
aktiviti yang
secara langsung
menyentuh
kepentingan
Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri
atau mana-mana
kementerian,
jabatan atau
agensi-agensinya.
(4)
Jika Duli
Yang Maha
Mulia Sultan
memberikan
perkenannya
di bawah subseksyen
(2), Majlis
hendaklah,
sebelum fatwa
itu dirujukkan
kepada Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan,
memaklumkan
kepada Kerajaan
Negeri tentang
perujukan
itu.
(5)
Apabila sesuatu
fatwa yang
dicadangkan
telah dirujukkan
kepada Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan,
Jawatankuasa
itu hendaklah
mengemukakan
nasihat dan
syornya kepada
Majlis Raja-Raja
mengikut subseksyen
(2) tentang
perkara itu.
(6)
Jika Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
menasihatkan
atau mengesyorkan
supaya fatwa
yang dicadangkan
itu dibuat,
dengan atau
tanpa ubahsuaian
yang disyorkan
olehnya,
atau menasihatkan
atau mengesyorkan
suatu fatwa
lain tentang
perkara
yang sama
dan Majlis
Raja-Raja
telah bersetuju
dengan nasihat
dan syor
Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
itu, maka
Majlis hendaklah
menimbang
nasihat
dan syor
itu dan
selepas
itu bolehlah
menyebabkan
supaya fatwa
mengikut
nasihat
dan syor
itu disiarkan
dalam Warta
tanpa apa-apa
pindaan
atau ubahsuaian
dan peruntukan-peruntukan
seksyen
48, kecuali
subseksyen
48(7), hendaklah
terpakai
baginya.
(7)
Sesuatu fatwa
yang disiarkan
dalam Warta
hendaklah
disertakan
dengan pernyataan
bahawa fatwa
itu dibuat
di bawah seksyen
ini. Menerima
pakai nasihat
dan syor Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
52.
(1) Jawatankuasa
Fatwa hendaklah
menerima pakai
apa-apa nasihat
dan syor Jawatankuasa
Fatwa Kebangsaan
yang menyentuh
perbuatan
atau amalan
yang dipersetujui
oleh Majlis
Raja-Raja
merupakan
perbuatan
atau amalan
yang meliputi
seluruh Persekutuan
menurut Fasal
2(b) Perkara
38 Perlembagaan
Persekutuan.
(2)
Nasihat atau
syor yang
diterima pakai
menurut kuasa
subseksyen
(1) hendaklah
disifatkan
sebagai fatwa
dan seksyen
48, kecuali
subseksyen
48(7), hendaklah
terpakai baginya.
(3)
Sesuatu fatwa
yang disiarkan
dalam Warta
hendaklah
disertakan
dengan pernyataan
bahawa fatwa
itu dibuat
di bawah seksyen
ini. Meminta
pendapat daripada
Jawatankuasa
Fatwa 53.
Jika dalam
mana-mana
Mahkamah selain
Mahkamah Syariah,
apa-apa persoalan
Hukum Syara'
perlu diputuskan,
Mahkamah itu
boleh meminta
pendapat Jawatankuasa
Fatwa tentang
persoalan
itu, dan Mufti
boleh memperakukan
pendapat Jawatankuasa
Fatwa itu
kepada Mahkamah
yang membuat
permintaan
itu. Qaul
muktamad yang
hendaklah
diikuti
54.
(1) Dalam
mengeluarkan
apa-apa fatwa
di bawah seksyen
48 atau memperakukan
apa-apa pendapat
di bawah seksyen
53 Jawatankuasa
Fatwa hendaklah
pada lazimnya
mengikut qaul
muktamad (pendapat-pendapat
yang diterima)
Mazhab Syafie.
(2)
Jika Jawatankuasa
Fatwa berpendapat
bahawa dengan
mengikut qaul
muktamad Mazhab
Syafie suatu
keadaan yang
berlawanan
dengan kepentingan
awam akan
terhasil,
Jawatankuasa
Fatwa bolehlah
mengikut qaul
muktamad Mazhab
Hanafi , Maliki
atau Hanbali.
(3)
Jika Jawatankuasa
Fatwa berpendapat
bahawa tiada
satu pun qaul
muktamad daripada
empat mazhab
itu boleh
diikuti tanpa
membawa kepada
keadaan yang
berlawanan
dengan kepentingan
awam, Jawatankuasa
Fatwa bolehlah
membuat fatwa
itu mengikut
ijtihad tanpa
terikat dengan
qaul muktamad
daripada mana-mana
mazhab yang
empat itu