Hiperangkaian

Jabatan Mufti Selangor

Pelbagai maklumat berkenaan Fatwa dan kemusykilan agama boleh didapati disini. maklumat lanjut

Laman Web Astronomi di Malaysia

Laman web rasmi kelab-kelab, jabatan, institusi pendidikan yang terlibat dengan ilmu falak dan astronomi.maklumat lanjut

Menu utama  
Prosedur Penentuan Arah Qiblat di Negeri Selangor
 

Carta Aliran Proses

PERINCIAN AKTIVITI

1. Menerima Permohonan
  1.1.
Jabatan Mufti menerima surat permohonan daripada pelanggan.
  1.2.
MS/TMS akan meminitkan surat kepada PHEI(FS) untuk tindakan.
  1.3.
PHEI(FS) akan meminitkan surat kepada PPHEI(FS) untuk tindakan.
   
2. Membuat Temujanji
  2.1.
PPHEI(FS) atau Pem.HEI(FS) akan membuat temujanji menetapkan tarikh dan masa melalui telefon dan disusuli dengan surat.
   
3. Hubungi Kembali Pemohon (Follow-up)
  3.1.
Pem.HEI(FS) akan menghubungi pemohon sebelum tarikh pengesahan bagi memastikan segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.
   
4. Persiapan
  4.1.
Pem.HEI(FS) akan membuat persiapan seperti berikut :
   
4.1.1.
Memohon menggunakan kenderaan.
   
4.1.2.
Menyediakan peralatan dan memastikan ia berada dalam keadaan baik.
   
5. Penentuan Arah Qiblat Di Lokasi
  5.1.
Juruukur / Pegawai Bahagian Falak Syarie melaksanakan perkara berikut :
   
5.1.1.
Melakukan kerja-kerja trabas ukur melalui cerapan matahari / batu sempadan / arah utara benar
   
5.1.2.
Mendapatkan nilai kordinat tempatan (latitud & longitud) daripada GPS
   
5.1.3.
Membuat pengiraan menggunakan kalkulator saintifik untuk mendapatkan azimut Qiblat.
   
5.1.4.
Teodolite yang telah didirikan, perlu merujuk kepada nilai bacaan RO yang diperolehi daripada kerja-kerja trabas ukur
   
5.1.5.
Berpandukan nilai azimut qiblat, arah qiblat dibuka menggunakan teodolite.
   
5.1.5.
Menandakan arah qiblat ( buat 2 tanda garisan dalam dan luar bangunan masjid / surau).
   
6. Pengesahan Arah Qiblat di Lokasi
  6.1.
Setelah azimut qiblat ditentukan, Pegawai Bahagian Falak Syarie akan melihat dan membuat pengesahan.
   
7. Mengisi Borang Penentuan Dan Pengesahan Arah Qiblat
  7.1.
PPHEI(FS) atau Pem.HEI(FS) mengisi 2 salinan borang penentuan dan pengesahan arah qiblat.
  7.2.
1 salinan diberikan kepada pemohon dan 1 salinan untuk simpanan Bahagian Falak Syarie.
   
8. Mengeluarkan Sijil Perakuan Arah Qiblat
  8.1.
Pemohon mengambil sijil perakuan arah qiblat dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh pengesahan.
  8.2.
Pem.HEI(FS) perlu menghubungi pemohon melalui telefon sekiranya dalam tempoh 1 minggu sijil tersebut tidak diambil.
  8.3.

Satu salinan sijil perakuan arah qiblat disimpan dalam fail.

   
  DEFINISI/SINGKATAN   
  a.
MS - Mufti Selangor
  b.
TMS - Timbalan Mufti Selangor
  c.

PHEI(FS) - Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak Syarie

  d.
PPHEI(FS) - Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak Syarie
  e
Pem.HEI(FS) - Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Falak Syarie
 

Hakcipta terpelihara © Jab. Mufti Selangor

webmaster
nabil@muftiselangor.gov.my