Idea
bagi mewujudkan laman web ini telah didorong oleh
rasa prihatin terhadap perlunya ilmu falak syarie
disebarluas dan dimartabatkan kedudukannya dalam
masyarakat Islam hari ini sebagaimana yang berlaku
di zaman kegemilangan Islam.
Matlamat
utama laman web ini ialah untuk mengembangkan
ilmu falak ini berpaksikan kepada al-Quran
dan as-Sunnah ke arah mewujudkan hubungan antarabangsa
dalam bidang ini menerusi ruang siber.
Sasaran
utama laman web ini dalam pengembangan ilmunya
ialah pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah,
institusi-institusi pengajian tinggi, badan-badan
kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat secara
langsung serta mereka yang berminat.
Laman
web ini berperanan sebagai landasan bagi menyampaikan
maklumat berkaitan ilmu falak kepada masyarakat
umum yang memerlukannya. Selamat melayari laman
web ini. Semoga anda diberkati ALLAH.