Program
Sehari Bersama Falak merupakan
program bahagian Falak yang
berterusan dari semasa ke
semasa. Program ini diadakan
bersempena dengan cerapan
bulanan yang diadakan pada
setiap bulan. Program ini
bermula seawal jam 8.00 pagi
dan berakhir pada jam 8.00
malam. Ianya dimulakan dengan
kursus berkenaan ilmu falak,
waktu solat dan sebagainya
yang disampaikan oleh kakitangan
jabatan ini. Program ini berakhir
dengan cerapan bulanan pada
jam 7.00 – 8.00 malam.
Program ini akan berterusan
pada setiap bulan. Untuk maklumat
lanjut bolehlah hubungi Jabatan
Mufti Negeri Selangor di talian;
03-
55143720/3716/3718/3717/3547