Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Hiperangkaian

Jabatan Mufti Selangor

Pelbagai maklumat berkenaan Fatwa dan kemusykilan agama boleh didapati disini. maklumat lanjut

Laman Web Astronomi di Malaysia

Laman web rasmi kelab-kelab, jabatan, institusi pendidikan yang terlibat dengan ilmu falak dan astronomi.

Menu utama  
   
KURSUS FALAK SYARIE DAERAH KLANG 2006
   
Suasana Disekitar Majlis

Antara kandungan kursus :

1)
Konsep dan Teori Penentuan Arah Qiblat
2)
Amali Penetapan Arah Qiblat
3)
Pengenalan Ilmu Falak Syarie
4)
Tafsiran & Amali Kaedah Penentuan Waktu Solat (Transit, Zohor, Asar)
5)
Tafsiran & Amali Kaedah Penentuan waktu Solat ( Maghrib, Isyak, Subuh, Syuruk dan Dhuha)
6)
Konsep Taqwim Hijri
7)
Tatacara Cerapan Hilal Safar 1427 H
8)
Tatacara membuat Cerapan Cakerawala
9)
Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya : Permasalahan dan Penyelesaian Dari Persepektif Syarak dan Astronomi
 
M
 

BANTING 28 Muharam 1427 - 1 Safar 1427 - Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Falak Syarie sekali lagi telah mengadakan Kursus Falak Syarie peringkat daerah Klang yang telah diadakan di Hotel Impian Morib, Banting. Kursus yang disertai seramai 47orang peserta yang terdiri daripada nazir, imam, bilal, ketua kampung, kakitangan kerajaan, kakitangan bukan kerajaan, pendidik, pelajar dan individu yang berminat telah didedahkan tentang kepentingan ilmu falak syarie dalam kehidupan sehari-harian disamping memupuk minat dan meningkatkan kemahiran dalam menguasai ilmu falak syarie untuk diaplikasikan ditempat masing-masing.

Ilmu falak merupakan salah satu cabang ilmu sains tabie yang menkaji tentang perjalanan badan-badan cakerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang-bintang. Dengan mengekalkan status ilmu falak sebagai bidang sains, agama dan sosial, tangungjawab melaksanakan aktiviti falak perlu diperkasakan bagi igauan ilmu falak hanyalah sebagai ilmu fardhu kifayah.

Usaha memajukan ilmu ini perlulah sepadan dengan perkembangan teknologi moden yang serba canggih memerlukan kepada penguasaan ilmu falak tersebut melibatkan amalan-amalan dalam ibadah seharian kita seperti waktu solat, arah kiblat dan puasa.

Justeru, Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Selangor telah mengambil inisiatif dan tanggungjawab untuk menganjurkan Kursus Falak Syarie kepada masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Usaha menyebarkan ilmu ini diharap mampu melahirkan generasi celik falak dan mewujudkan minat yang mendalam disamping memberi pemahaman yang jelas kepada isu-isu yang berlaku hari ini serta mengembalikan kegemilangan bidang falak syarie sebagaimana yang pernah tercatat dalam sejarah ketamadunan dunia suatu masa dahulu.

Matlamat kursus ini diadakan adalah supaya peserta dapat mengetahui kepentingan ilmu falak dalam ibadah dan berusaha memperkasa keunggulan ilmu ini dalam kehidupan umat Islam

Objektifnya pula adalah diharapkan peserta dapat membezakan pengiraan taqwim hijri dan masehi. Selain itu peserta dapat mengira azimuth kiblat dan menentukan arah qiblat dengan betul disamping mengetahui kaedah pengiraan waktu solat berdasarkan teori pergerakan matahari dan almanak. Serta menentukan awal bulan Islam berdasarkan kriteria imkanur rukyah.

   

 

 

Hakcipta terpelihara © Jab. Mufti Selangor

webmaster
nabil@muftiselangor.gov.my