Pada
18-20 November 2008 Jabatan
Mufti Negeri Selangor melalui
Bahagian Falak telah mengadakan
Kursus Falak Modul Rubu’
Mujayyab bertempat di Institut
Latihan Islam Malaysia, Bangi.
Kursus
ini dihadiri seramai 26 orang
peserta terdiri daripada Ahli
Persatuan Falak Negeri Selangor,
Ahli Persatuan Falak Syari
Malaysia, wakil JAKIM dan
penuntut IPTA. Penceramah/fasilitator
adalah Ustaz Hanapiah B. Abd.
Razak, dari Jabatan Mufti
Negeri Johor. Peserta kursus
kali ini didedahkan dengan
penggunaan rubu’ mujayyab
menghitung waktu solat, arah
qiblat kedalaman dan ketinggian
objek.