2
Ogos 2008 – Bukit Jugra
- Jabatan Mufti Negeri Selangor
melalui Bahagian Falak telah
mengadakan program “Sehari
Bersama Falak”.
Program ini diadakan di Baitulhilal
Bukit Jugra, Banting. Program
dimulakan dengan pendaftaran
peserta tepat jam 8.30 pagi.
Setelah itu dimulakan dengan
pembentangan kertas kerja
yang bertajuk “Menghitung
Waktu Solat” oleh Ustaz
Hairul Anuar Samingan.
Setelah
itu program berhenti buat
seketika dengan acara minum
petang. Setelah selesai rehat
ianya diteruskan dengan Praktikal
Penentuan Arah Qiblat melalui
kaedah Tongkat Istiwa’
oleh Ustaz Abdul Latip Ibrahim.
Pada
sebelah petang program diteruskan
dengan Praktikal Pengiraan
Arah Qiblat dan Transformasi
Tarikh Lahir. Program ini
diakhiri dengan acara cerapan
hilal Syaban di Baitulhilal
Bukit Jugra, Banting. Seramai
50 orang peserta menghadiri
program tersebut yang terdiri
dari pelajar UIAM dan UITM.