3
Julai 2008 – Banting
- Jabatan Mufti Negeri Selangor
melalui Bahagian Falak telah
mengadakan program “Sehari
Bersama Falak”.
Program ini diadakan di Baitul
Hilal Bukit Jugra, Banting.
Program dimulakan dengan pendaftaran
peserta tepat jam 8.30 pagi.
Setelah itu dimulakan dengan
pembentangan kertas kerja
yang bertajuk “Kepentingan
Arah Qiblat” oleh Ustaz
Hairul Anuar Samingan.
Pada sebelah petang program
diteruskan dengan Praktikal
Pengiraan Arah Qiblat dan
Transformasi Tarikh Lahir.
Program ini diakhiri dengan
acara Cerapan Hilal Rejab
1429H di Baitulhilal Bukit
Jugra, Banting