Hiperangkaian

Jabatan Mufti Selangor

Pelbagai maklumat berkenaan Fatwa dan kemusykilan agama boleh didapati disini. maklumat lanjut

Laman Web Astronomi di Malaysia

Laman web rasmi kelab-kelab, jabatan, institusi pendidikan yang terlibat dengan ilmu falak dan astronomi.

Menu utama  
   
SEHARI BERSAMA FALAK
   
Suasana Disekitar Majlis
M
 

4 Jun 2008 – Kuala Selangor - Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Falak telah mengadakan program “Sehari Bersama Falak”.

Program ini diadakan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta tepat jam 8.30 pagi. Setelah itu dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Kepentingan Arah Qiblat” oleh Ustaz Hairul Anuar Samingan.

Setelah itu program berhenti buat seketika dengan acara minum pagi. Setelah selesai rehat ianya diteruskan dengan Praktikal Penentuan Arah Qiblat melalui kaedah Tongkat Istiwa’ oleh Ustaz Abdul Latip Ibrahim. Program dihentikan ketika makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah.

Pada sebelah petang program diteruskan dengan Praktikal Pengiraan Arah Qiblat dan Transformasi Tarikh Lahir. Program ini diakhiri dengan acara cerapan hilal Jamadal Akhir di Baitulhilal Bukit Malawati, Kuala Selangor

   

 

 

Hakcipta terpelihara © Jab. Mufti Selangor

webmaster
nabil@muftiselangor.gov.my