Pada
27 Oktober 2011 telah diadakan
majlis cerapan rasmi hilal
Zulhijjah 1432H bagi menentukan
awal Zulhijjah. Cerapan rasmi
ini telah diadakan secara
serentak di empat lokasi cerapan
di negeri Selangor iaitu Balai Cerap Selangor, Baitulhilal
Bukit Jugra Kuala Langat,
Baitulhilal Bukit Malawati
Kuala Selangor dan Baitul
Hilal Pulau Angsa Kuala Selangor.
S.S
Dato' Seri Utama Diraja Mufti
Negeri Selangor telah mengetuai
aktiviti cerapan hilal di Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam. S.S Dato' Timbalan Mufti Negeri
Selangor telah mengetuai cerapan
hilal di Bukit Malawati Kuala Selangor..