Pada
27-29 November 2006 Jabatan
Mufti Negeri Selangor melalui
Bahagian Falak Syarie telah
mengadakan program Kursus
Falak Syarie Daerah Petaling
di Hotel De Palma, Sepang.
30 orang peserta telah mengikuri
program tersebut yang terdiri
daripada para nazir, imam
dan bilal masjid di sekitar
Daerah Petaling.
Para
peserta telah didedahkan tentang
kepentingan ilmu falak syarie
dalam kehidupan sehari-harian
disamping memupuk minat dan
meningkatkan kemahiran dalam
menguasai ilmu falak syarie
untuk diaplikasikan ditempat
masing-masing.
Majlis
penutup dan penyampaian sijil
telah disempurnakan oleh S.S.
Dato' Hj. Mohd. Tamyes B.
Abd. Wahid, Dato' Seri Utama
Diraja Mufti Negeri Selangor.