Pada
21 November 2006 Jabatan Mufti
Negeri Selangor melalui Bahagian
Falak Syarie telah mengadakan
program Sehari Bersama Falak.
20 orang peserta telah mengikuri
program tersebut yang terdiri
daripada para nazir, imam
dan bilal masjid di sekitar
Kuala Langat. Majlis dimulakan
dengan pendaftara peserta
tepat jam 8.30 pagi. Setelah
itu pembentangan kertas kerja
yang bertajuk “Kenapa
Pentingnya Arah Qiblat?”.
Setelah
itu majlis berhenti buat sekiteka
dengan acara minum pagi. Setelah
selesai rehat ianya diteruskan
dengan Praktikal Penentuan
Arah Qiblat melalui kaedah
Tongkat Istiwa’. Majlis
dihentikan ketika makan tengahhari
dan solat Zohor berjemaah.
.Pada sebelah petang Praktikal
Penentuan Arah Qiblat melalui
kaedah Tongkat Istiwa’
diteruskan. Pada hari tersebut
juga dijalankan Majlis Cerapan
Hilal Zulqa’dah 1427H.
Taklimat dan Cerapan Hilal
Zulqa’dah 1427H telah
dijalankan telah diberikan
oleh para pegawai dijabatan
ini. Aktiviti cerapan hilal
turut disertai oleh 20 orang
para pelajar dari Kolej Darul
Hikmah.