Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Hiperangkaian

Jabatan Mufti Selangor

Pelbagai maklumat berkenaan Fatwa dan kemusykilan agama boleh didapati disini. maklumat lanjut

Laman Web Astronomi di Malaysia

Laman web rasmi kelab-kelab, jabatan, institusi pendidikan yang terlibat dengan ilmu falak dan astronomi.

Menu utama  
   
KURSUS FALAK SYARIE DAN SEMAKAN ISTIWA' ADZAM
   
Suasana Disekitar Majlis
 
M
 

Kuala Selangor- 28 &29 Mei 2006 Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Falak Syarie telah menganjurkan program Kursus Falak serta Semakan Istiwa Adzam yang bertempat di SMKA Kuala Selangor dan Cerapan Jamadil Awwal 1427H yang bertempat di Baitul Hilal, Bukit Melawati. Seramai 55 orang peserta telah mengikuti program ini.

Matlamat kursus ini diadakan adalah supaya peserta dapat mengetahui kepentingan ilmu falak dalam ibadah dan berusaha memperkasa keunggulan ilmu ini dalam kehidupan umat Islam.

Objektifnya pula adalah diharapkan peserta dapat membezakan pengiraan taqwim hijri dan masehi. Selain itu peserta dapat mengira azimuth kiblat dan menentukan arah qiblat dengan betul disamping mengetahui kaedah pengiraan waktu solat berdasarkan teori pergerakan matahari dan almanak. Serta menentukan awal bulan Islam berdasarkan kriteria imkanur rukyah.

Diantara aturcara yang dilaksanakan pada program ini ialah pembentangan kertas kerja yang bertajuk "Konsep Takwim Hijri", "Penentuan Arah Kiblat" dan beberapa amali kerja iaitu "Semakan Istiwa Adzam" dan "Cerapan Jamadil Awwal 1427H"

Acara penutupan program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Suhaimi mewakili Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pelajaran Selangor.

   

 

 

Hakcipta terpelihara © Jab. Mufti Selangor

webmaster
nabil@muftiselangor.gov.my