Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Hiperangkaian

Jabatan Mufti Selangor

Pelbagai maklumat berkenaan Fatwa dan kemusykilan agama boleh didapati disini. maklumat lanjut

Laman Web Astronomi di Malaysia

Laman web rasmi kelab-kelab, jabatan, institusi pendidikan yang terlibat dengan ilmu falak dan astronomi.

Menu utama  
   
KURSUS RUBU' MUJAYYAB 2006
   
Suasana Disekitar Majlis
 
M
 

Pada 9 - 11 Mei 2006 bersamaan 11 - 13 Rabiul Akhir 1427H Jabatan Mufti Negeri Selangor melalui Bahagian Falak Syarie sekali lagi telah mengadakan Kursus Rubu' Mujayyab bertempat di Hotel Empress Sepang Bandar Baru Salak Tinggi Sepang. Kursus ini telah disertai seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Falak, Ahli Jawatankuasa Rukyah, pendidik dan individu yang berminat

Rubu' mujayyab ialah peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung fungsi trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini adalah sebahagian daripada astrolabe. Walau bagaimanapun, ahli-ahli falak di Nusantara tidak menggunakan astrolabe, sebaliknya mereka mengguna-kan rubu' mujayyab. Kebanyakan rubu' mujayyab yang digunakan mempunyai fungsi yang lebih terhad berbanding dengan astrolabe.

Rubu' mujayyab hanya mempunyai bulatan ekliptik matahari dan beberapa garisan yang berkaitan dengan pengiraan waktu solat dan arah kiblat serta digunakan juga untuk mengukur ketinggian matahari atau cakerawala lain. Menurut King (1991), Ibn al-Syatir, seorang ahli falak Syria pada kurun ke-14 M, telah mencipta rubu' mujayyab yang disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid trigonometri sejagat.

Matlamat utama kursus ini adalah supaya peserta dapat memahami penggunaan peralatan bukan optik(tradisional) sebagai wasilah dalam ibadah dan berusaha memperkasa kemahiran ini di dalam kehidupan umat Islam.

Diakhir kursus, adalah diharapkan peserta dapat menggunakan rubu' mujayyab sebagai alternatif hitungan waktu solat, menguasai beberapa istilah falak yang terdapat dalam kaedah tradisional, memahami nilai-nilai sejagat falak yang terdapat dalam kaedah falak tradisional dan menggunakan kefahaman dalam kaedah sains silam untuk diaplikasikan dalam kaedah moden

KANDUNGAN KURSUS:
1) Pengenalan Rubu' Mujayyab
2) Hitungan dengan Rubu' Mujayyab
3) Amali Penggunaan Rubu' Mujayyab
4) Perbincangan
5) Penilaian

   

 

 

Hakcipta terpelihara © Jab. Mufti Selangor

webmaster
nabil@muftiselangor.gov.my