APAKAH
ITU ISTIWA' MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A'zam
di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari
akan berada tepat di titik zenit (ghayah)
ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku
dua kali dalam setahun, apabila nilai
sudut isiwa matahari (mel syams) akan
bersamaan engan nilai latitud Mekah, di
mana Ka'bah terletak.
Apabila istiwa utama matahari berlaku,
bayang objek tegak di tempat lain akan
menunujukkan arah ke Ka'bah. Fenomena
ini merupakan kaedah tradisional falak
untuk menyemak dan menentukan arah kiblat
dari tempat-tempat lain di muka bumi.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT
:
1.
Dirikan satu objek lurus seperti tiang
sebaik-baiknya di tanah lapang.
2.
Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus.
Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak
tali yang diikat pemberat dihujung tiang
berkenaan.
3.
Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak
terlindung dari sinar matahari.
4.
Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat
mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
(contoh: Waktu di televisyen)
PERANAN
DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk
melakukan semakan ketepatan arah kiblat
di tempat kediaman dan ibadah masing-masing
bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
2. Setelah semakan di buat dan terdapat
sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut
arah yang betul, dan hubungi Bahagian
Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
3.
Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah
petang di Malaysia, bayang tiang akan
jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah
kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.