1)
Pendahuluan
Mengadap
arah qiblat merupakan satu perkara yang penting
dalam Islam. Menurut syarak menghadap ke arah
qiblat diertikan sebagai seluruh tubuh badan
seseorang menghadap ke arah Kaabah yang terletak
di Makkatul Mukarramah. Ia merupakan pusat tumpuan
umat Islam bagi menyempurnakan ibadah tertentu.
Menghadap
ke arah qiblat menjadi syarat sah bagi umat
Islam yang hendak menunaikan solat samada solat
fardu lima waktu sehari semalam atau solat-solat
sunat yang lain. Kaedah dalam menentukan arah
qiblat perlu kepada suatu ilmu khusus yang dipelajari
atau sekurang-kurangnya meyakini arah yang dihalakan
agar ia benar- benar menepati kehendak syarak.
2)
Hukum Berkaitan Arah Qiblat.
Qiblat
diertikan sebagai pusat tumpuan umat Islam dalam
mengerjakan ibadah. Dalam konsep mengadap arah
qiblat terdapat beberapa hukum yang berkaitan
dengannya yang telah ditentukan oleh syarak
iaitu:
2.1 Hukum wajib
1.
Bagi yang ingin menunaikan solat sama ada fardu
ataupun sunat dan ia merupakan syarat sah solat.
2. Bagi yang ingin melakukan tawaf di Baitullah.
3. Meletakkan kedudukan jenazah secara mengiring
iaitu bahagian kanan dibawah di liang lahad
( kubur ).
2.2 Hukum Sunat
Bagi
yang ingin membaca Al-Quran, berdoa, berzikir,
tidur mengiring ( bahagian kanan dibawah ) dan
lain-lain yang berkaitan.
2.3
Hukum haram
Ketika
membuang air besar atau kecil di tanah lapang
tanpa ada
dinding penghalang
2.4
Hukum makruh
Membelakangkan
qiblat dalam sebarang perbuatan seperti membuang
air besar atau kecil dalam keadaan tandas berdinding,
tidur menelentang sedang kaki selunjur ke arah
qiblat dan seumpamamya.
3)
Dalil-dalil Al-Quran dan Hadis Berkaitan Arah
Qiblat.
3.1
Dalil-dalil Al-Quran.
|
I.
Surah Al-Baqarah ayat 149 :
Maksudnya
:
|
"
Dan dari mana saja engkau
keluar ( untuk mengerjakan
solat ) hadapkanlah mukamu
ke arah Masjidil Haram ( Kaabah
). Sesunggunya perintah berqiblat
ke Kaabah itu benar dari Allah
( tuhanmu ) dan ingatlah Allah
tidak sekali-kali lalai akan
segala apa yang kamu lakukan
".
|
|
|
|
ii.
Surah Al-Baqarah ayat 150:
Maksudnya:
|
"
Dan dari mana saja engkau
keluar ( untuk mengerjakan
solat ) maka hadapkanlah mukamu
ke arah Masjidil Haram ( kaabah
) dan dimana sahaja kamu berada
maka hadapkanlah muka kamu
ke arahnya, supaya tidak ada
lagi sebarang alasan bagi
orang yang menyalahi kamu,
kecuali orang yang zalim diantara
mereka ( ada saja yang mereka
jadikan alasannya ). Maka
janganlah kamu takut kepada
cacat cela mereka dan takutlah
kamu kepada-Ku semata-mata
dan supaya Aku sempurnakan
nikmat-Ku kepada kamu, dan
juga supaya kamu beroleh petunjuk
hidayah ( mengenai perkara
yang benar ) ".
|
|
|
3.2
Dalil dari Hadis Rasulullah s.a.w :
|
i.
Daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya:
|
"
Daripada Abu Hurairah r.a..
katanya : Sabda Rasulullah
s.a.w. Di antara timur dan
barat terletaknya qiblat
( kaabah ) ".
|
|
|
|
ii.
Daripada Anas bin Malik r.a.
Maksudnya:
|
"
Bahawasanya Rasullullah s.a.w
( pada suatu hari ) sedang
mendirikan solat dengan menghadap
ke Baitul Maqdis. Kemudian
turunlah ayat Al-Quran: "
Sesungguhnya kami selalu melihat
mukamu menengadah ke langit
( berdoa mengadap kelangit).
Maka turunlah wahyu memerintahkan
Baginda mengadap ke Baitullah
( Kaabah ). Sesungguhnya kamu
palingkanlah mukamu ke qiblat
yang kamu sukai. Palingkanlah
mukamu ke arah Masjidil Haram.
Kemudian seorang lelaki Bani
Salamah lalu, ketika itu orang
ramai sedang ruku' pada rakaat
kedua solat fajar. Beliau
menyeru, sesungguhnya qiblat
telah berubah. Lalu mereka
berpaling ke arah qiblat ".
(
Diriwayatkan Oleh Muslim )
|
|
|
Berdasarkan
ayat dan hadis yang telah dinyatakan maka jelaslah
bahawa menghadap arah qiblat itu merupakan satu
kewajipan yang telah ditetapkan dalam hukum
syarak.Maka tiadalah qiblat yang lain bagi umat
islam melainkan kaabah di baitullahil haram.
4)
Konsep Ijtihad dalam menentukan Arah Qiblat.
Kaedah
ijtihad hanya boleh digunakan bagi mereka yang
tidak mempunyai teknik atau alat dalam menentukan
arah qiblat .Bagi seseorang yang hendak mendirikan
solat ketika dalam musafir atau ditempat yang
tidak diketahui lokasinya maka kaedah ijtihad
inilah yang boleh digunapakai. Bagi sesebuah
tempat yang telah ditentukan arah qiblatnya
seperti masjid atau surau maka ketika itu dinamakan
sebagai qiblat dzanni dan kaedah ijtihad ketika
itu tidak boleh digunakan.
Kesemua
empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan
Hanbali telah bersepakat bahawa menghadap qiblat
merupakan syarat sah solat. Bagi Mazhab Syafie
telah menambah dan menetapkan tiga kaedah yang
boleh digunapakai bagi memenuhi syarat menghadap
qiblat iaitu:
4.1 Menghadap qiblat dengan penuh yakin ( Qiblat
Yakin )
Seseorang
yang berada di dalam Masjidil Haram sama ada
nampak Baitulah ( Kaabah ) atau tidak, wajib
menghadap dan menghalakan dirinya ke Baitullah
dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh
dipastikan terlebih dahulu dengan melihat atau
menyentuhnya bagi orang yang cacat penglihatan
atau dengan cara lain yang boleh dipastikan,
asalkan ada keyakinan. Menentukan qiblat dengan
cara ini dinamakan " qiblat yakin ".
4.2
Menghadap Qiblat Secara Dzanni ( Qiblat Dzanni
).
Qiblat
Dzanni adalah bagi seseorang yang berada jauh
dari Baitullah ( kaabah) iaitu berada diluar
Masjidil Haram atau di sekitar tanah suci Makkah.
Mereka dikehendaki menghadap ke arah Masjidil
Haram sebagai maksud menghadap ke arah Kaabah
secara dzanni. Kaedah ini dinamakan qiblat dzanni.
Ianya boleh diketahui melalui pertanyaan kepada
mereka yang berpengetahuan seperti penduduk
Makkah.
4.3
Ijtihad.
Kaedah
ijtihad adalah bagi seseorang yang berada di
luar tanah suci Makkah . Melalui kaedah ini,
pelbagai cara boleh digunakan bagi menentukan
arah qiblat dari sesuatu tempat yang terletak
jauh dari Tanah Haram .Antaranya adalah seperti
panduan Bintang Polaris ( Qutbi ), Fenomena
Istiwa Matahari di atas Kaabah dan Trigonometri
Sfera. Cara ini memadai untuk melaksanakan tuntutan
syarak ketika solat dan ibadat-ibadat lain.
Manakala
seseorang yang tidak tahu menggunakan kaedah
tersebut, ia perlu taqlid kepada orang yang
berijtihad. Bagi sesetengah tempat yang jauh
seperti Malaysia, ijtihad arah qiblat boleh
ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi
dengan penggunaan peralatan yang sesuai dan
moden seperti teodolit dan kompas.
Penggunakan
alat yang moden ini akan menjadikan hala tuju
arah kiblat menjadi lebih tepat. Dengan bantuan
alat dan keyakinan yang lebih tinggi maka hukum
kiblat menjadi dzanni . Kaedah-kaedah tersebut
menjadi lebih seragam dan kini digunapakai secara
rasmi bagi penandaan arah qiblat di Malaysia
dan juga seluruh umat Islam di seluruh dunia.
5)
Kaedah Penentuan Arah Qiblat
5.1
Kaedah Tradisional antaranya ialah:
1. Matahari Istiwa Atas Kaabah.
Kejadian
matahari istiwa ( rembang ) di atas Kaabah berlaku
dua kali setahun. Fenomena ini berlaku pada
28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16
Julai kira-kira jam 5.28 petang ( mengikut waktu
piawai Malaysia ). Ketika matahari istiwa di
atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia
akan membetuli arah qiblat. Lihat rajah 1.
|
|
Rajah
1: Kedudukan matahari di atas Kaabah yang
menyebabkan bayang-bayang tegak diseluruh
dunia membetuli arah qiblat.
Panduan untuk menentukan arah qiblat dari
sesuatu tempat pada tarikh dan masa yang
ditentukan diatas:
i.
Pacakkan satu tiang dikawasan yang hendak
disemak arah qiblatnya.
ii. Pastikan tiang tersebut tegak dan
lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh
diletak sebarang pemberat yang diikat
dihujung tiang berkenaan.
iii.
Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak
terlindung dari sinaran matahari. Oleh
kerana matahari berada dilangit barat,
maka bayang akan jatuh kearah Timur, maka
arah qiblat ialah bayang yang menghadap
ke barat.
|
2.
Kaedah Buruj Bintang
Buruj Bintang ialah sekumpulan bintang yang
berada di suatu kawasan langit serta mempunyai
bentuk yang hampir sama dan kelihatan berdekatan
antara satu sama lain. Menurut International
Astronomical Union ( IAU ), langit dibahagikan
kepada lapan puluh lapan ( 88 ) kawasan buruj
bintang. Bintang-bintang yang berada disuatu
kawasan yang sama adalah dalam satu buruj. Pemerhati
purba telah menetapkan sesuatu buruj bintang
mengikut bentuk yang mudah mereka kenal pasti
seperti bentuk-bentuk haiwan, geometri dan seumpamanya.
Dengan mengetahui bentuk buruj-buruj bintang
tertentu, arah utara dan arah qiblat dari sesuatu
tempat boleh ditentukan.
i.
Buruj Orion / Buruj Al-Babadour.
Pada
buruj ini terdapat tiga bintang yang berderet
iaitu Mintaka, An-Nilam dan An-Nitak. arah qiblat
boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga
bintang berderet tersebut ke arah barat. Buruj
Orion akan berada di langit Malaysia ketika
waktu subuh pada Julai dan kemudian akan kelihatan
pada bulan Disember. Pada bulan Mac Buruj Orion
akan berada ditengah-tengah langit pada waktu
Maghrib. Lihat rajah 2.
|
|
|
Rajah
2: Bentuk Buruj Orion dan Penentuan Arah
Qiblat. |
ii.
Menggunakan kedudukan Bintang Al-Qutbi / Kutub
(Polaris).
Bintang-bintang
akan kelihatan secara ketara mengelilingi paksi
kutub yang ditunjukkan oleh bintang qutbi. Oleh
itu bintang qutbi menunjukkan arah utara benar
dari mana-mana tempat di muka bumi ini. Bintang
qutbi terletak dalam buruj al-judah ( bajak
/ Ursa Minoris ) dan buruj ini berada dilangit
Malaysia waktu tengah malam pada bulan Julai
hingga Disember setiap tahun. Kedudukan bintang
qutbi boleh dikenali berdasarkan bentuk buruj
bintang ini. Lihat rajah 3.
|
|
|
Rajah
3: Buruj Al-Judah ( Bajak / Ursa Minoris
).
|
Arah
qiblat boleh ditentukan berdasarkan perbezaan
sudut sebanyak 68' ( bagi Malaysia ) ke kiri
dari kedudukan bintang qutbi seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 4.
|
|
|
Rajah
4: Kedudukan arah qiblat daripada bintang
qutbi.
|
Gunakanlah
petunjuk sudut dengan jari untuk menentukan
nilai bukaan sudut. Lihat rajah 5.
|
|
|
Rajah
5: Panduan jari untuk nilai sudut.
|
iii.
Kaedah Matahari Terbenam.
Secara umum jika kita merujuk kepada kedudukan
matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah
kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah
matahari terbenam di Malaysia akan berubah-ubah
dari azimut 235 hingga 295. Walaubagaimanapun
sebagai salah satu daripada langkah berijtihad,
arah matahari terbenam boleh digunakan sekiranya
diketahui perbezaan sudut di antara arah matahari
dengan arah qiblat. Anggaran perbezaan sudut
antara arah qiblat dengan matahari terbenam
bagi kegunaan di Malaysia secara purata dalam
jadual dan rajah seperti berikut:
|
|
|
Jadual
1: Anggaran sudut diantara arah qiblat
dengan matahari ketika terbenam di Malaysia.
Cara pengiraan anggaran boleh rujuk rajah
5.
|
5.2.
Kaedah Moden antaranya ialah.
1. Hitungan / Pengiraan Arah Qiblat.
i.
Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah
di sepanjang bulatan gedang bumi ( great Circle
).
ii. Melibatkan model-model matematik sfera yang
mengandungi koordinat geografi tempatan dan
koordinat geografi rujukan ( Kaabah ). Ini ditunjukkan
seperti di dalam rajah 6.
|
|
|
Rajah 6 : Penentuan arah qiblat dengan
kaedah segitiga sfera.
|
Formula
pengiraan untuk mendapatkan arah qiblat bagi
sesuatu tempat adalah menggunakan formula seperti
berikut:
|
|
|
Contoh
pengiraan arah Qiblat bagi Bandar Shah
Alam,Selangor:
|
2.
Penggunaan Kompas Prismatik.
Penandaan
arah qiblat dengan kompas banyak diamalkan di
kalangan masyarakat Islam masakini. Arah yang
ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah
yang merujuk kepada arah utara magnet. Arah
utara magnet pula tidak semestinya bersamaan
dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara
ini dipanggil sebagai sudut serong magnet. Satu
lagi masalah yang boleh timbul dari menggunakan
kompas ialah tarikan graviti tempatan dimana
ia terkesan dari kewujudan bahan-bahan logam
atau arus elektrik di sekeliling kompas yang
digunakan. Namun ia boleh digunakan sebagai
alat alternatif sekiranya alat yang lebih sesuai
tidak ada. Lihat rajah 7.
|
|
|
Rajah
7: Kompas Prismatik.
|
3.
Penggunaan Teodolit.
Teodolit
merupakan antara alat termoden yang digunapakai
oleh kebanyakaan juruukur dan pihak yang melakukan
kerja menentukan arah qiblat. Alat teodolit
digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara
mendatar dan menegak, dan ianya juga memberi
kejituan bacaan yang tinggi dan tepat. Penggunaannya
begitu meluas sehingga kini dan ia memerlukan
kepada mereka yang mempunyai kemahiran yang
tinggi untuk mengendalikan alat tersebut. Lihat
rajah 8.
|
|
|
Rajah
8: Teodolit Digital.
|
6)
Permasalahan Penentuan Arah Qiblat dan Punca
Kelemahan.
Terdapat
beberapa faktor berlaku permasalahan dalam menentukan
arah qiblat sehingga isu penentuan arah qiblat
tidak diambil berat atau berlaku kesilapan dalam
menentukan arah qiblat. Antaranya ialah:
1. Mengambil sikap sambil lewa.
Terdapat
sebahagian umat Islam yang mengambil sikap sambil
lewa dan menganggap kelonggaran yang diberikan
oleh syarak yang membenarkan menggunakan kaedah
qiblat dzan. Perkara ini telah dinyatakan dalam
Al-Quran ayat 144 yang berbunyi:
|
Maksudnya:
|
"
Maka kami benarkan engkau
berpaling mengadap qiblat
yang engkau sukai. Oleh itu
palingkanlah mukamu ke arah
Masjidil Haram dan dimana
sahaja kamu berada hadapkanlah
mukamu ke arahnya ".
|
|
|
Perlu
diketahui bahawa kesan yang bakal timbul dari
pemesongan yang amat ketara berdasarkan keluasan
Kaabah iaitu 12 x 10.5 x 15 meter persegi dan
jarak jauh dari Malaysia lebih kurang 7100 kilometer,
maka selisih satu darjah akan menyebabkan pemesongan
sejauh 126 kilometer.
2.
Kurang ilmu pengetahuan mengenai kaedah penentuan
arah qiblat sama ada secara tradisional ataupun
moden.
Kebanyakkan
umat Islam hari ini lebih cenderung kepada mengikut
tradisi lama iaitu dari generasi ke generasi
dan tidak pernah disemak semula ketepatannya.
Begitu juga dalam menentukan arah qiblat di
tanah perkuburan, ia hanya ditentukan oleh penggali
kubur, sedang mereka juga tidak begitu mahir
dalam menentukan arah yang tepat ke qiblat.
3.
Ketiadaan peralatan moden untuk membuat pengukuran.
Sewajarnya
umat Islam perlu memiliki alat sekurang-kurangnya
kompas untuk menetukan arah qiblat. Selain itu
juga amat perlu untuk mempunyai kesedaran tentang
pentingnya ilmu falak bagi mengelakkan kesilapan
dalam menentukan ketepatan arah qiblat.
Bagi
mengatasi permasalahan tersebut penubuhan badan-badan
yang bertanggungjawab seperti Bahagian Falak
Syarie Jabatan Mufti Negeri Selangor dan juga
Jabatan Agama Islam Daerah merupakan bahagian
yang dipertangungjawabkan untuk membantu menyelesaikan
masalah yang berkaitan dengan arah qiblat. Semoga
dengan tindakan yang kita lakukan akan memberi
keyakinan terhadap ibadah yang kita lakukan
dan mendapat keredhaan Ilahi.
7)
Penutup.
Semoga
risalah kecil ini akan mampu memberi kefahaman
kepada kita tentang pentingnya ketepatan dalam
menentukan arah qiblat yang menjamin sahnya
ibadah kita. Kesedaran kita adalah amat penting
dan rasa bertanggungjawab untuk memastikan bahawa
amalan yang dilakukan berada dalam keadaan yakin
dan sebarang keraguan perlu untuk memaklumkan
kepada pihak yang berkenaan. Sebarang permasalahan
boleh hubungi:
Bahagian Falak Syarie
Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tingkat 4 Podium Selatan
Bangunan Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah
40676 Shah Alam Selangor
Tel: 03-55447521/22/23,03-55106589
@ Jabatan Agama Islam Daerah
mufti_sel@selangor.gov.my
www.selangor.gov.my/mufti/Mufti.html
Sumber Rujukan
1)
Al Quran
2) Al Hadis
3) Kaedah Panduan Falak Syarie (2001) Unit Falak
Bahagian Penyelidikan JAKIM
4) Modul Kursus Falak -Baharrudin Zainal Unit
Falak KUSZA
5) Kaedah Penetapan Arah Qiblat-Encik Mohamad
Saupi Che Awang
6) Nota Falak Negara MABIMS