Segala
kegiatan astronomi umat Islam tidak akan berjaya
tanpa alatan khas. Oleh itu, sesuatu ciptaan itu
mestilah digunakan serentak dengan situasi yang
berkehendakkannya. Dalam hal ini, penggunaan astrolabe
telah menjadi satu syarat untuk menghasilkan cerapan
yang tepat dan cermat bagi kebanyakan sarjana
falak Islam silam. Astrolabe berasal dari Yunani,
ia berwajah baru apabila dikemaskinikan kembali
oleh para sarjana Islam. Filasuf Kristian, Johannes
Philoponus menulis satu risalah berkenaannya dalam
bahasa Greek manakala biskop Kennesrin, Severus
Sebokht dari Nisibis turut menulis di dalam bahasa
Syria.

Risalah
terawal dalam bahasa Arab mengenai astrolabe hanya
dari Masha' allah @ Messahalla (-815 MJ), astrologis
terkemuka dari Baghdad, Iraq yang telah mempengaruhi
seorang sarjana Inggeris, Geoffrey Chaucer (1340-
1400 MJ) pengarang Canterbury Tales. Naskhah asal
berkenaan astrolabe dalam bahasa Arab telahpun
hilang dan hanya dijumpai dalam versi Latin dan
Inggeris. Manuskrip yang masih ada dalam bahasa
Arab berkenaan subjek ini ialah melalui Ali bin
Isa dan diikuti dengan banyak tulisan dalam bahasa
Parsi dan lain-lain.
Salah
satu dari astrolabe terawal yang masih kedapatan
ialah di Isfahan, Iran dari abad ke-10 MJ sedangkan
ontoh-contoh yang lainnya ditemui di India hingga
Maghribi. Sesetengahnya sepertimana yang dipunyai
oleh Sultan Husayn Syah, Raja Sasanid tidak ada
tolok banding dari segi kehalusan seninya. Dalam
banyak perkara, kebanyakan astrolabe adalah contoh-contoh
keunggulan senireka Islam.Inilah sebabnya kenapa
ia berupaya membuka mata
Eropah pada abad ke-19 dan di masa kini hingga
ditempatkan di muzium-muzium Eropah dan Amerika.
Alat
astrolabe ini pada hakikatnya adalah berbentuk
unjuran bulatan atau sfera untuk melengkapkannya
dengan sudut penuh 360 darjah dan diperkukuhkan
oleh lilitan gelang agar dapat digunakan untuk
mengukur ketinggian bintang. Sebelah mukanya mempunyai
peta bintang bergrid yang boleh diputar. Ini seakan-akan
satu komputer analog untuk menukarkan kedudukan
bintang yang dalam sistem koordinat ufuk ke posisi
sfera cakerawala pada
koordinat ekliptik.
Astrolabe
begitu popular di Baghdad pada akhir abad ke-9
hinggakan sebanyak 20 orang pembuat alat diperlukan
untuk memenuhi permintaan yang cukup tinggi itu.
Salah seorang pembuatnya yang dapat direkodkan
bernama Ijliyah, anak perempuan kepada seorang
pembuat astrolabe yang kemudiannya mewarisi seni
pembuatan tersebut sebagai satu cara bebas mencari
nafkah. Di Iran sehingga abad ke-20, astrolabe
didapati masih digunakan dan masih ada pewaris
bagi seni membuat astrolabe ini. Kita dapat temui
beberapa peniaga astrolabe dengan hasil ukiran
dan kerja mereka di tepi-tepi jalan.
Lebih
dari satu abad ahli-ahli falak Islam menghadapi
masalah bagi meyakini penaja untuk membiayai projek-projek
astrolabe. Para penaja tidak dapat membantu menaikkan
imej dan nama baik para falaki namun begitu, berdozen
jadual bintang yang masih tertera sistem posisi
planet menjadi bukti bahawa para falaki sangat
berbakat dalam hal keplanetan (planetary) dan
menyayangi hasil kerja mereka sendiri.
Falaki
Islam menggabungkan bersama pengetahuan matematik
semenjak ia digubalkan hinggalah ke tahap membangunkan
trigonometri sfera dan algebra. Mereka mengubahsuai
trigonometri India kepada trigonometri berbilang
fungsi serta penerbitan jadual-jadual. Mereka
menggunakan sistem nombor perenam puluhan yang
diasaskan oleh Babylonia purba tetapi turut menubuhkan
simbol-simbol India bagi sistem perletakan titik
perpuluhan.
Dengan cara-cara inilah pengiraan kendiri (human
calculators) dipraktikkan di mana-mana balai cerap
tetapi perhitungan matematik adalah sangat ekstrem
terhadap penggunaan waktu, jadi para falaki perlu
menggubal lebih
banyak kepandaian merekabentuk "komputer
analog" di sepanjang garis peta-peta bintang
yang terdapat di muka astrolabe. "Komputer
analog' ini akan dapat menyelesaikan masalah-masalah
kompleks dan menyingkatkan proses pengiraan.
Satu
perkara yang menarik berkenaan pengarang Canterbury
Tales, Geoffrey Chaucer; beliau telah menulis
cara-cara menggunakan astrolab di dalam bukunya
The Conclusions of The Astrolabe. Apa yang jelas
ialah bahasa yang beliau gunakan amat mirip bahkan
ditiru dari paragraf ke-32 buku Masha'allah @
Messahalla, astrologis dari Baghdad itu. Sebenarnya
Chaucer telah banyak kali ditanya oleh anaknya,
Lewis yang berusia sepuluh tahun tentang cara
guna
astrolabe, oleh itu beliau telah menterjemahkan
petikan tersebut untuk mukaddimah di dalam bukunya.Buku
beliau dalam versi bahasa Inggeris itu adalah
sangat meluas disebarkan kerana penerangan cara
guna astrolabe yang begitu mudah untuk diikuti.
Beliau telah menyesuaikan perkataan Arab Al-Mukantar
kepada istilah beliau sendiri iaitu Almykanteras
yang bermaksud bulatan kesamaan latitud.