Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Hiperangkaian

Jabatan Mufti Selangor

Pelbagai maklumat berkenaan Fatwa dan kemusykilan agama boleh didapati disini. maklumat lanjut

Laman Web Astronomi di Malaysia

Laman web rasmi kelab-kelab, jabatan, institusi pendidikan yang terlibat dengan ilmu falak dan astronomi.maklumat lanjut

Menu utama  
   
Pengenalan Falak Syarie

Takrifan

Falak atau juga dikenali sebagai astronomi adalah merupakan satu bidang ilmu sains yang telah dipelopori oleh umat manusia sejak sekian lama.

Falak adalah perkataan Arab yang bermaksud : Jalan peredaran jasad-jasad samawi.

Manakala Astronomi pula adalah berasal dari perkataan Greek, astronomous yang bermaksud : Perihal bintang-bintang.

Oleh demikian, ilmu falak atau astronomi boleh ditakrifkan sebagai:

Satu bidang kajian bagi mengetahui kedudukan, peredaran, pergerakan, perihal serta fenomena jasad-jasad samawi (langit) seperti bintang, matahari, bulan, planet dan lain-lain yang kelihatan oleh kita di alam semesta ini.

Ilmu Falak yang digabungkan dengan hukum syariah yang berkaitan bagi hal-hal berkaitan ibadat umat Islam adalah lebih dikenali sebagai Ilmu Falak Syarie.

Ilmu Falak
+
Hukum Syarie
=
Falak Syarie

Falak Syarie adalah sebahagian daripada ilmu Astrnomi yang meluas dan ia melibatkan kajian alam dengan sistem suria dan seluruh jasad cakerawala dalam sistem galaksi.

Falak Syarie adalah dasar bagi penentuan waktu ibadah dan peristiwa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan kiraan penentuannya seperti masuknya waktu solat/sembahyang, ibadah puasa dan Hari Raya Puasa dan sebagainya adalah berdasarkan hisab falak syarie yang ada kaitannya dengan konsep gerakan bumi, bulan dan matahari.

   
 

Hakcipta terpelihara © Jab. Mufti Selangor

webmaster
nabil@muftiselangor.gov.my