Apakah
prosedur yang perlu dilaksanakan jika ada
pihak yang ingin membuat lawatan rasmi ke
Jabatan Mufti Selangor atau ke Baitul Hilal
yang terdapat di Negeri Selangor?
Anda boleh menulis surat kepada kami dengan
menyatakan tujuan, tarikh, masa, dan bilangan
pelawat agar pihak kami boleh membuat persiapan
sewajarnya.
Apakah
barangan yang tidak boleh di bawa ke Balai
Cerap?
Barangan yang di larang oleh undang-undang.
Jika ada bawa makanan, pastikan kebersihan
di jaga dan sampah di buang ke dalam tong
sampah yang disediakan. Beg sekolah dan
kasut perlu diletakkan di rak yang telah
disediakan.
Apakah
pakaian yang sesuai untuk di pakai sewaktu
lawatan?
Pakaian yang sesuai adalah pakaian yang
tidak menjolok mata dan kemas. Singlet,
seluar pendek dan skirt pendek tidak di
benarkan sama sekali.
Adakah
pelawat boleh membawa peralatan cerapannya
sendiri untuk melakukan proses cerapan?
Boleh. Pihak kami akan menyediakan tempat
cerapan dan khidmat nasihat penggunaan alat.
Adakah
terdapat kemudahan untuk bersolat di setiap
baitul Hilal?
Ya, ada disediakan surau.
Bagaimanakah
proses permohonan penentuan Arah Qiblat
dilakukan? Anda boleh menulis surat
kepada kami dengan menyatakan nama syarikat,
alamat, tarikh dan masa agar pihak kami
boleh membuat persiapan sewajarnya.