Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

 

Hiperangkaian

Jabatan Mufti Selangor

Pelbagai maklumat berkenaan Fatwa dan kemusykilan agama boleh didapati disini. maklumat lanjut

Laman Web Astronomi di Malaysia

Laman web rasmi kelab-kelab, jabatan, institusi pendidikan yang terlibat dengan ilmu falak dan astronomi.maklumat lanjut

Menu utama  
Prosedur Cerapan Hilal di Negeri Selangor
 

Carta Aliran Proses

PERINCIAN AKTIVITI

1. Perancangan
  1.1.
Cerapan rasmi :
 
i.
MS/PHEI(FS) akan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penetapan Awal Puasa dan Hari Raya di JAKIM.
    ii. MS akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Falak Syarie Negeri Selangor.
    iii. PHEI(FS) akan memberi taklimat cerapan kepada AJK Melihat Anak Bulan Negeri Selangor.
    iv. PPHEI(FS) menyelaras mesyuarat jawatankuasa pelaksana peringkat daerah (dipengerusikan oleh Pegawai Daerah/Pegawai Agama Islam Daerah).
  1.2. Cerapan bulanan :
    i.

PHEI(FS) akan melaksanakan cerapan bulanan seperti yang ditetapkan.

2. Persiapan
  2.1. Cerapan rasmi :
    i. Lokasi cerapan rasmi adalah seperti berikut :
      i.   Baitulhilal Bukit Malawat
      ii. Baitulhilal Bukit Jugra
      iii. Baitulhilal Pulau Angsa
    ii. PPHEI(FS) / Pem.HEI(FS) akan:
      i.   Menyediakan pamplet yang mengandungi data-data cerapan.
      ii. Memohon menggunakan kenderaan.
      iii. Membuat tempahan jamuan.
      iv.   Mengeluarkan surat/kad kepada jemputan.
      v.   Menyediakan Peralatan Cerapan seperti berikut :
        a) Teleskop dan aksesori
        b) Teodolite
        c) Kalkulator saintifik
        d) Kelengkapan ICT
      vi. Menyediakan laporan bertulis.
  2.2. Cerapan Bulanan
    i. PPHEI(FS) akan memilih salah satu lokasi cerapan seperti:
      i.   Baitulhilal Bukit Malawati
      ii. Baitulhilal Bukit Jugra
      iii. Baitulhilal Pulau Angsa
    ii. PPHEI(FS) / Pem.HEI(FS) akan:
      i.   Menyediakan pamplet yang mengandungi data-data cerapan.
      ii. Memohon menggunakan kenderaan.
      iii. Membuat tempahan jamuan.
      iv.   Mengeluarkan surat kepada jemputan.
      v.   Menyediakan Peralatan Cerapan seperti berikut :
        a) Teleskop dan aksesori
        b) Teodolite
        c) Kalkulator saintifik
        d) Kelengkapan ICT
      vii.   Menyediakan borang laporan cerapan.
3. Aktiviti Cerapan (Rasmi dan Bulanan)
  Semasa di lokasi cerapan, PHEI(FS) / PPHEI(FS) / Pem.HEI(FS) akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:
  i. Menentukan stesyen cerapan
  ii. Mendirisiap alat cerapan (teleskop/teodolite)
  iii. Alat yang telah siap didirikan akan merujuk satu objek yang telah ditentukan sebagai ‘RO’ yang mempunyai nilai bacaan
  iv. Alat cerapan akan diaplikasikan berpandukan data-data rukyah untuk mencerap hilal.
  v. Data-data kenampakan hilal akan direkodkan dalam borang laporan cerapan hilal.
  vi. Proses cerapan akan berterusan sehingga hilal terbenam.
.4. Laporan
  4.1 Cerapan rasmi :
    i. MS/AJK Melihat Anak Bulan akan mengesahkan anak bulan kelihatan atau sebaliknya.
    ii. MS akan menghubungi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan melaporkan keputusan cerapan hilal.
    iii. PHEI akan menyediakan laporan bertulis.
  4.2. Cerapan bulanan :
    i. Pem.HEI akan mengisi borang laporan cerapan dan disahkan oleh PHEI/PPHEI (FS).
    ii. Borang laporan cerapan akan dihantar kepada JAKIM dan direkodkan dalam fail.
       
  DEFINISI/SINGKATAN   
  a. MS - Mufti Selangor
  b. TMS - Timbalan Mufti Selangor
  c. PHEI(FS) - Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak Syarie
  d. PPHEI(FS) - Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Falak Syarie
  e. Pem.HEI(FS) - Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Falak Syarie

 

 

Hakcipta terpelihara © Jab. Mufti Selangor

webmaster
nabil@muftiselangor.gov.my