Sejarah
Penubuhan
:
Pada
awal penubuhan Unit Falak Syarie,
fungsinya dijalankan dibawah tanggungjawab
Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS). Peranan utama yang
dilaksanakan ialah mencerap anak bulan
pada awal Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah
dengan kerjasama Jabatan Ukur dan
Pemetaan. Disamping itu, bahagian
ini menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab
lain seperti penentuan arah kiblat,
penyediaan takwim hijrah dan penetapan
waktu solat.
Walaubagaimanapun
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dalam mesyuaratnya pada 20 September
1999 telah membuat keputusan bahawa,
meletakkan Bahagian Falak Syarie dibawah
tanggungjawab Jabatan Mufti Negeri
seluruh Malaysia termasuk Negeri Selangor
untuk menyelaraskan pentadbirannya.
Sehubungan
itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Selangor telah bersetuju mewujudkan
Bahagian Falak Syarie di Jabatan Mufti
Selangor mengambil alih tugas dan
peranan "Unit Falak Syarie"
daripada Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) secara keseluruhannya.
Dengan
wujudnya Bahagian Falak Syarie, inisiatif
yang telah dijalankan ialah dengan
melantik pegawai-pegawai yang bertanggungjawab
mengendalikan bahagian tersebut.
Justeru
itu, pada 1 Januari 2001, Kerajaan
Negeri Selangor telah melantik tiga
(3) orang pegawai yang berkhidmat
di Bahagian Falak Syarie iaitu Pegawai
Hal Ehwal Islam (Gred S3), Penolong
Pegawai Hal Ehwal Islam (Gred S5)
dan Pembantu Hal Ehwal Islam (Gred
S7)