Sahibus Samahah
Dato' Seri Utama Diraja
Mufti Negeri Selango
r.

 

 
 
 

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, pembawa rahmat ke seluruh alam.

Saya amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq 'inayah serta keizinannya jua, Jabatan Mufti Negeri Selangor, telah berjaya membina laman web untuk tatapan masyarakat Islam negeri ini khasnya dan seluruh pengunjung internet, dimana jua mereka berada.

Bertepatan dengan arus pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang canggih ini, dimana telah berjaya membentuk satu generasi yang mampu memperolehi maklumat terkini melalui hujung jari mereka, maka Jabatan Mufti Negeri Selangor mengambil inisiatif dan tanggungjawab penuh untuk mempelbagaikan pendekatan komunikasinya serta cara maklumat yang lebih tepat dan aktiviti Jabatan dengan lebih telus dan cepat, melalui lebuhraya maklumat.

Adalah diharapkan para pengunjung dapat melayari laman web ini dengan penuh hikmah, bagi mengemukakan isu isu semasa yang berkaitan dengan hal ehwal Agama Islam. Semoga ia dimanafa'atkan oleh semua lapisan masyarakat yang cintakan kebenaran, keamanan dan kedamaian.

Sekian wasalaam.

(Dato' Setia Hj Mohd. Tamyes b. Abd. Wahid)