Majlis Penjelasan Ajaran
Salah Siri I -Pada 21Mac 2006, Jabatan
Mufti Selangor telah mengadakan Majlis Peneranagn
Ajaran Ahmadiah/Qadiani (Majlis Penerangan Siri
I) yang telah difatwakan terkeluar daripada
Islam. Majlis ini diadakan di Kompleks Sri Siantan
Batu Caves, Selayang. Majlis penerangan ini
adalah bertujuan memberi pemahaman dan kesedaran
kepada masyarakat tentang ajaran ini. Majlis
seumpama ini merupakan salah satu daripada program
turun padang jabatan ini yang dirancang sepanjang
tahun 2006.