Multaqa D.Y.M.M Sultan
Selangor 2005 - Pada 2 & 3 Disember
2005, Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah
& Seminar "SELANGOR MAJU: PENERAJU
PEMBANGUNAN SOSIAL BERTERASKAN ISLAM" telah
diadakan. Majlis ini merupakan acara tahunan
yang dijalankan oleh jabatan ini. Seminar tersebut
merupakan lanjutan daripada siri seminar yang
terdahulu dalam rangka usahasama antara pihak
Kerajaan Negeri Selangor dengan Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan program-program
berbentuk ilmiah yang bermatlamatkan penyampaian
kefahaman Islam, bagi manfaat seluruh rakyat
di Negeri Selangor khasnya.