Pada
04 Disember, 2007 Jabatan Mufti
Negeri Selangor telah mengadakan
Multaqa Sultan Sharafuddin Idris
Shah & 'Seminar Selangor Maju:
Tadbir Urus Baik dan Pembangunan
Dalam Islam bertempat di Dewan Auditorium
Majlis Bandaraya Shah Alam.
Multaqa
dan seminar ini diadakan sempena
menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan
Yang Ke-62 Duli Yang Maha Mulia
Sultan Selangor. Multaqa dan seminar
pada tahun ini menjurus kepada fokus
untuk membangun kecemerlangan modal
insan selaras dengan dasar pentadbiran
seperti Formula 6M, Pentadbiran
4E dan dasar-dasar lain yang menjadi
asas kepada pengukuhan pentadbiran
dan kemajuan Kerajaan Negeri Selangor.
Formula 6M merupakan dasar kepada
pembentukan sikap, jati diri, amanah
serta beriltizam tinggi dalam memberikan
perkhidmatan berkualiti oleh penjawat
awam di Negeri Selangor.
Manakala
pendekatan Pentadbiran 4E pula merupakan
mekanisme yang merealisasikan pencapaian
Wawasan Syumul Selangor Negeri Maju
seperti Educated (berilmu), Efficient
(cekap), Effective (berkesan) dan
Electronic Goverment (kerajaan elektronik).Dasar
dan mekanisme tersebut perlu dijelmakan
dalam bentuk praktikal melalui penghayatan
dan kesungguhan penjawat awam di
negeri ini. Selain itu, pembentukan
sahsiah diri yang merupakan antara
asas kejayaan sesebuah pentadbiran
perlu dihasilkan demi memenuhi hasrat
untuk mewujudkan kerajaan yang adil,
cekap dan berkesan. Sebagai sebuah
negeri maju, dasar-dasar yang merangsang
kecemerlangan pentadbiran perlu
dihayati oleh semua pihak dalam
jentera pentadbiran negeri.
Seminar ini dianjurkan untuk mencapai
objektif-objektif seperti berikut:
Pertama : Membincangkan unsur-unsur
sahsiah diri sebagai satu aset pembangunan
insan di Negeri Selangor.
Kedua : Mengemukakan pandangan bagi
meningkatkan kesungguhan rakyat
dalam mengisi keperluan sebagai
sebuah negeri maju.
Ketiga : Membincangkan penggunaan
kemudahan teknologi sebagai pemangkin
kemajuan terkini.