MUZAKARAH PAKAR KE-3 : ANAK TAK SAH TARAF

Suasana Disekitar Majlis
 

Pada 23 Ogos 2007, Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan “Muzakarah Pakar Ke-3 : Anak Tak Sah Taraf” bertempat di Bilik Gerakan, Bangunan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam.

Pendaftaran para peserta telah bermula jam 8.15pagi. Para peserta hadir tepat pada waktunya. Muzakarah telah dimulakan dengan bacaan doa dan bacaan ayat suci Al–Quran oleh Ustaz Hj. Mustafa B. Sidin. Seterusnya majlis diteruskan dengan Ucapan Aluan oleh S.S. Dato' Setia Hj. Mohd Tamyes B. Abdul Wahid, Dato' Seri Utama Diraja Mufti Negeri Selangor. Seterusnya bagi melengkapkan majlis Ucapan Perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Dr. Amran bin Kasimin, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Kawasan Bangi mewakili Y.A.B Dato' Seri Dr. Haji Mohamad Khir bin Toyo, Dato Menteri Bear Selangor.

Setelah itu majlis dihentikan sementara dengan acara minum pagi. Setelah itu majlis diteruskan dengan pembentangan kertas kerja. Pembentangan kertas kerja telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Ustaz Othman hamzah, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Pembentangan kertas kerja 1 bertajuk "Nafkah Anak Tak Sah Taraf : Perspektik Undang - Undang" oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Hajjah Zaleha bt. Kamaruddin, Dekan, Kulliyah Undang –Undang Ahmad Ibrahim (UIA). Pembentangan kertas kerja 2 pula bertajuk "Sabitan Pertalian Biologi Dari Perspektif Hukum Syara’ Dan Undang - Undang" oleh Y.Bhg Prof. Madya Datin Dr. Siti Zalikhah bt Md. Nor, Pensyarah Jabatan Syariah, Falkiulti Pengajian Islam (UKM).

Muzakarah kali ini ditambah dengan 2 ulasan kertas kerja yang bertajuk “Pensabitan Anak Tak Sah Taraf Melalui Kaedah DNA” oleh Y.Bhg Dr. Zaidun Kamari, Pengarah, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan dan “Anak Tak Sah Taraf Menurut Perspektif Islam” oleh Y.Bhg. Prof. Madya Dato’ Hj. Md. Saleh bin Hj. Ahmad, Pensyarah, Kulliyah Undang – Undang Ahmad Ibrahim (UIA). Setelah pembentangan kertas kerja selesai. Majlis telah diteruskan dengan sesi dialog antara para peserta dan ahli panel.

Buku Aturcara :Download