BENGKEL MENCERAKIN PROSIDING MULTAQA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH : PENERAJU PEMBANGUNAN SOSIAL BERTERASKAN ISLAM

Suasana Disekitar Majlis
 

SHAH ALAM, 28 OGOS 2007 – Jabatan Mufti Selangor telah menganjurkan “Bengkel Mencerakin Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah : Peneraju Pembangunan Sosial Berteraskan Islam”. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Concorde Shah Alam. Bengkel yang bermula seawal jam 8 pagi ini turut dihadiri oleh Dato’ Nordin Mohamad dari Majlis Pencegahan Jenayah Negeri Selangor.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk mencari jalan pelaksanaan Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah : Peneraju Pembangunan Sosial Berteraskan Islam yang telah dilancarkan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.Bengkel ini diakhiri dengan majlis penutupan oleh Y.A.D Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Setia Hj. Mohd Tamyes bin Hj. Abd. Wahid.