SEMINAR KHURAFAT DAN AZIMAT MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

 

KLANG 25 Jun 2003- Satu seminar "Khurafat Dan Azimat Mengikut Pandangan Islam" anjuran Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor telah diadakan di Dewan Besar Hotel GoldCourse, Klang, Selangor.

Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta terdiri daripada imam dan nazir masjid dari sekitar daerah Kelang ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Tuan Haji Abdul Majid bin Omar, Pemangku Mufti Negeri Selangor.

Seminar pada kali ini telah dipengerusikan oleh Ustaz NurHelmi bin Haji Ikhsan diiringi tiga pengerusi iringan. Pembentang kertas kerja pada kali ini ialah Profesor Madya Dato' haji Mohd Mokhtar Bin Shafii yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Takrif Khurafat / Azimat dan cirri-cirinya'. Diikuti pembentang kedua, Tuan Haji Abd Aziz Andik Achok yang mengupas tajuk 'Bentuk-Bentuk Khurafat Dan Azimat'. Manakala pembentang ketiga pula, Tuan Haji Aluwi bin Parman yang membawa tajuk 'Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Azimat'.

Peserta Yang Hadir.
Peserta Yang Hadir.
Pembentangan Kertas Kerja
Upacara Perasmian .