Pada
9 November, 2006 Jabatan Mufti Negeri
Selangor telah menerima kunjungan
dari Wargakerja Jabatan Mufti Terengganu.
Para deligasi tiba di Bangunan Sultan
Idris Shah pada jam 8.45 pagi Untuk
permulaan para deligasi dibawa melawat
keMajlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Di sana para deligasi diberi taklimat
berkenaan Majlis Agama Islam Selangor
(MAIS). Setelah selesai para deligasi
telah dijamu dengan minum pagi.
Setelah
selesai para deligasi dibawa melawat
ke Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan
oleh S.S. Dato’ Hj. Abdul
Majid B. Omar, Timbalan Mufti Negeri
Selangor. Setelah itu tayangan video
korporat Jabatan Mufti Negeri Selangor
dijalankan. Bagi melengkapkan lagi
tayangan video korporat setiap ketua
bahagian yang terdiri dari Bahagian
Istinbat, Bahagian Falak Syarie,
Bahagian Sumber Maklumat dan Bahagian
Pentadbiran dan Kewangan telah memberikan
taklimat berkenaan bahagian masing-masing.
Setelah
itu wakil Jabatan Mufti Terengganu
menyampaikan ucapan balas. Sesi
soal jawab dijalankan antara Jabatan
Mufti Selangor dan Jabatan Mufti
Terengganu berkenaan isu-isu berangkit.
Setelah itu acara penyampaian cenderamata
dijalankan. Para deligasi dijamu
dengan makan tengahari. Setelah
selesai para deligasi dibawa melawat
di kawasan sekitar pejabat.
Bagi
melengkapkan lawatan tersebut para
deligasi telah dibawa melawat ke
Baitulhilal Bukit Melawati dan kawasan
sekitar Makam Diraja, Kuala Selangor.
Di sana para dilegasi telah disambut
mesra dan dijamu oleh Y.B. Dato'
Hj. Mohamed Sayuti bin Said, ADUN
Bukit Malawati.