Hukum Mempercayai Patung " African Fertility "

 

Merujuk kepada keratan akhbar The Star Spacial Holidays 29.04.2003 mukasurat 4 bertajuk " Belive it, Ripleys is in Genting'

Pendapat yang menyatakan "wanita yang telah lama berkahwin jika ingin mengandung, melawat arca tersebut lalu menyentuh atau menggosok dengan harapan mereka akan mengandung."

Sekiranya seseorang itu ketika menyentuh atau menggosok arca tersebut berasa yakin bahawa arca itu menyebabkan boleh mengandung, maka keyakinan seperti ini adalah salah menurut pandangan Islam kerana ia telah meletakkan kekuasaan mengandung kepada arca yang tidak mempunyai sebarang kekuasaan.

Islam menetapkan bahawa hanya Allah s.w.t sahajalah yang berhak menjadikan sesuatu, samada menghidupkan atau mematikan, mengadakan atau meniadakan, demikian juga menggantung harapan sesuatu hajat. Jika seseorang meyakini bahawa ada kuasa selain Allah boleh menjadikan seseorang itu hamil (mengandung), maka ia telah menyengutukan kuasa kepada selain Allah dan sekaligus ia telah melakukan.

Wallahua'lam.

Keratan Akhbar