Pada
15 Ogos, 2006 Jabatan Mufti Selangor
telah dikujungi oleh Para Ahli Panel
Penilai Anugerah Pengurusan Pejabat
dan Pentadbiran Cemerlang (APPC)
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Penilaian yang dilakukan adalah
meliputi Pengurusan Keselamatan
Pejabat, Persekitaran Pejabat dan
ICT, Pengurusan Kualiti dab Kepuasan
Pelanggan, Pengurusan Kewangan serta
Pengurusan Perkhidmatan dan Nilai-nilai
Murni.
Pada
tahun lalu jabatan ini telah
menerima Hadiah Prestasi ( wang
tunai berjumlah RM3,000.00) bagi
Kategori C di dalam Anugerah Pengurusan
Kewangan Negeri Selangor tahun 2005
pada 20 Januari 2006. Di samping
itu, Jabatan ini turut menerima
Anugerah Pengurusan Pejabat dan
pentadbiran Cemerlangan ( APPC )
Kategori C.
Pelbagai usaha telah dijalankan
oelh pihak pentadbiran di Jabatan
bagi memastikan anugerah yang diperolehi
dapat dikekalkan disamping meningkatkan
lagi mutu kerja dalam perkhidmatan
awam.