SEMINAR KHURAFAT DAN AZIMAT MENGIKUT PANDANGAN ISLAM

 

KUALA SELANGOR 22 Mac 2003- Satu seminar "Khurafat Dan Azimat Mengikut Pandangan Islam" anjuran Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor.

Seminar yang dihadiri oleh 350 orang peserta terdiri daripada pelajar dan guru dari sekolah menengah sekitar daerah Kuala Selangor ini telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato` Mohd Tamyes Bin Abd Wahid, Dato` Seri Utama DiRaja Mufti Negeri Selangor. Mengulas petikan ucapan beliau berkata "Agama Islam telah berjaya membasmi kepercayaan karut dalam masyarakat. Tetapi masih ramai yang tidak mahu meninggalkan kepercayaan mereka secara total, contohnya dalam urusan perkahwinan, kematian, perbidanan, seni mempertahankan diri dan lain-lain".

Seminar pada kali ini telah dipengerusikan oleh Ustaz Haji Zainal Abidin Bin Hj Kusmin diiringi tiga pengerusi iringan. Pembentang kertas kerja pada kali ini ialah Profesor Madya Dato' haji Mohd Mokhtar Bin Shafii yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Takrif Khurafat / Azimat dan cirri-cirinya'. Diikuti pembentang kedua, Tuan Haji Abd Aziz Andik Achok yang mengupas tajuk 'Bentuk-Bentuk Khurafat Dan Azimat'. Manakala pembentang ketiga pula, Sahibus Samahah Tuan Haji Abd Majid Bin Omar yang membawa tajuk 'Hukum Beramal Dengan Khurafat Dan Azimat'.

 

Peserta Yang Hadir.
Urusetia.

Upacara Perasmian .