Penentuan
dan pegesahan arah Qiblat
merupakan salah satu tugas
yang dipertanggungjawabkan
kepada Bahagian Falak Syar'ie
Jabatan Mufti Selangor. Bahagian
ini telah menerima beberapa
jemputan antaranya ialah di
tapak pembinanan surau di
Dengkil, Selangor dan di Pejabat
Pembangunan Wanita Negeri
Selangor.
Penentuan
arah qiblat di tapak pembinaan
surau di Dengkil telah dilakukan
pada 5 Febuari 2003. Manakala
di Pejabat Pembangunan Wanita
Negeri Selangor pada 29 Januari
2003. Pegawai yang ditugaskan
dilengkapi dengan peralatan
yang canggih supaya kerja-kerja
penentuan arah qiblat menjadi
lebih mudah dan tepat. Alat
tersebut dipanggil Ushikata.