Pada
Hari Jumaat, 29 Syawwal 1423 bersamaan
3 Januari 2003 telah diadakan Cerapan
Hilal di Bukit Jugra Kuala Langat.
Seramai
21 orang pelajar dari Universiti
Kebangsaan Malaysia yang diketuai
oleh Tuan Hj. Ibnor Azli Bin Ibrahim
sebagai Ketua Unit Falak Syarie
Jabatan Syariah Fakulti Pengajian
Islam UKM, telah membuat lawatan
sambil belajar ke tapak cerapan
tersebut.
Turut
serta dalam aktiviti cerapan ini
juga ialah seramai 8 orang pelajar
dari KUSZA yang diketuai oleh En.
Baharrudin Bin Zainal.