Kerajaan
Negeri Selangor telah bermurah hati
menghadiahkan satu pakej lawatan
ke Pulau Langkawi kepada Jawatankuasa
Pelaksanaan MS ISO 9001: 2000 pada
20 dan 21 November, 2004 sebagai
penghargaan kerana Jabatan Mufti
Negeri Selangor telah mendapat pengiktirafan
dan persijilan MS ISO 9001: 2000
oleh SIRIM Berhad pada 17 September,
2004. Seramai 42 ahli rombongan
berserta keluarga masing-masing
telah turut serta dalam lawatan
tersebut.