PERKEMBANGAN JABATAN MUFTI SELANGOR 2004

1. PELAKSANAAN ISO 9001 :2000

Jabatan Mufti Selangor kini dalam proses mendapatkan persijilan MS ISO 9001 : 2000 bagi menggantikan sijil MS ISO 9002 :1994 yang berakhir pada tahun 2003. Hasil daripada kerjasama pegawai dan kakitangan, pada 29 September 2003, dokumen ISO Jabatan Mufti telah disediakan dengan dibantu oleh Syarikat Paksi Rezeki yang bertindak sebagai konsultan. Pada 5 Mei 2004, dokumen tersebut telah dihantar ke SIRIM untuk 'Adequacy Audit'. Hasil pemerhatian pihak SIRIM, penambahbaikkan dilakukan agar dokumen tersebut menepati piawaian MS ISO 9001:2000. Pada 9-10 Jun 2004 dicadangkan sebagai tarikh pemeriksaan SIRIM bagi mendapatkan sijil MS ISO 9001:2000.

2. PERPINDAHAN KE BANGUNAN BARU

Pada pertengahan bulan Julai 2004, segala urusan pentadbiran Jabatan Mufti Selangor akan beroperasi di bangunan baru yang tersergam indah di hadapan Masjid Negeri iaitu :-

Jabatan Mufti Negeri Selangor
Tingkat 7 & 8, Menara Utara
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55106589, 55112793 Fax: 03-55197584
e-mail: mufti_sel@selangor.gov.my web: mufti.selangor.gov.my

3. KURSUS LUAR NEGARA

Ustaz Nurhelmi bin Ikhsan, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam telah mengikuti Kursus Friendship Programme For The 21ST Century di Jepun pada 7 Mei hingga 3 Jun 2004. Kursus ini merupakan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Jepun di bawah Program Dasar Pandang ke Timur yang bertujuan untuk mempelajari budaya, adat resam, agama dan nilai-nilai murni yang di amalkan oleh masyarakat Jepun disamping mempelajari bagaimana Jepun mampu membina semula kekuatan ekonomi dan pembangunan negara selepas perang.

4. PENGANUGERAHAN PINGAT

Tahniah kepada En. Abdul Hamid bin Arasat, Pembantu Tadbir kerana telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) pada 14 Jun 2004 sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke 58. Penganugerahan pingat ini di harap dapat menyemarakkan lagi budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang

En. Abdul Hamid bin Arasat, Pembantu Tadbir kerana telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC)

5. PERTUKARAN KAKITANGAN

Nama Pegawai/Jawatan
Bertukar ke
Tarikh
En. Zainal Abidin bin Kusmin
Pegawai Hal Ehwal Islam
(Bahagian Falak Syarie)
Jab. Kehakiman Syariah Selangor sebagai Pegawai Syariah (LS41)
1 Jun 2004
En.Norhafiz b. Mohamad Husin
Juruteknik Komputer
(Bhg. Sumber Maklumat)
Pejabat Tanah dan Galian Daerah Gombak sebagai Pen. Pegawai Sistem Maklummat
1 April 2004

6. KEMASUKAN KAKITANGAN BARU

Nama Pegawai/Jawatan
Bertukar ke
Tarikh
Puan Norhidah bt. Kampol
Pembantu Tadbir
(Bahagian Falak&Istibat)
16 Mei 2004
En. Aasri bin Ab. Razak
Juruteknik Komputer
(Bahagian Sumber Maklumat)
1 Jun 2004