Muzakarah
dan Mesyuarat Jawatankuasa Perunding
Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor
Kali Ke 3/2004 telah diadakan pada
8 Mei 2004 hingga 11 Mei 2004 bertempat
di Hotel Promanade, Kota Kinabalu,
Sabah. (Aturcara di lampiran 2
Cadangan
untuk mengadakan Muzakarah dan Mesyuarat
Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'
(FATWA) Negeri Selangor Kali Ke
3/2004 di Kota Kinabalu, Sabah adalah
disebabkan terdapat 5 kertas kerja
yang perlu dibentang, dibincangkan
serta diperhalusi dengan lebih teliti
kerana ianya berkaitan permasalahan
hukum yang melibatkan masyarakat
Islam terutamanya di Negeri Selangor.
Ianya
juga bertujuan agar semua Ahli Jawatankuasa
FATWA Negeri Selangor dapat memberikan
sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap
5 kertas kerja tersebut yang memerlukan
masa yang lebih panjang. Sekiranya
mesyuarat tersebut diadakan di Jabatan
Mufti Selangor, tidak semua kertas
kerja tersebut dapat dibincangkan
dan diperhalusi disebabkan tambatan
masa yang terlalu singkat sedangkan
5 kertas kerja tersebut perlu diputuskan
dengan kadar segera di samping komitmen
Ahli Jawatankuasa FATWA Negeri Selangor
terhadap tugas rasmi harian di jabatan
/ institusi masing-masing.
Di
samping itu juga, Jabatan Mufti
Selangor telah mengadakan Muzakarah
di antara Jawatankuasa Perunding
Hukum Syara' (FATWA) Negeri Selangor
dengan Jawatankuasa Lajnah FATWA
Negeri Sabah bagi membincangkan
pelbagai isu semasa berkaitan hukum
syara' yang berlaku di kedua-dua
negeri di samping isu-isu baru yang
terdapat di Sabah.
Muzakarah juga telah membincangkan
permasalahan berhubung ajaran salah
/ sesat yang semakin berkembang
dan menular di kalangan masyarakat
bagi mencari jalan penyelesaian
yang terbaik untuk menanganinya.
Muzakarah
juga telah membincangkan beberapa
bentuk kerjasama yang boleh dipersetujui
bersama bagi tujuan penyelarasan
sesuatu hukum atau isu yang berkaitan
hukum syara' untuk kepentingan umat
Islam.
Selain
daripada itu, dengan adanya muzakarah
seperti ini maka kedua-dua belah
pihak dapat bertukar-tukar pandangan
/ pendapat berhubung permasalahan
masyarakat di kedua-dua negeri.
Selangor dengan masyarakat yang
berbilang kaum yang datang dari
seluruh pelusuk negara dan Asia
Tenggara, manakala Negeri Sabah
dengan masyarakat yang pelbagai
etnik, budaya dan agama.
Muzakarah
telah membincangkan mengenai perkembangan
usaha dakwah kepada orang yang bukan
Islam (non-muslim) di Negeri Sabah
serta cabarannya.